kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,707
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,707
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Pelajar IPTA Rugi Lebih RM56,000 Terpedaya "Love Scam"
Seorang pelajar institusi pendidikan tinggi awam kerugian RM56,375 selepas ditipu sindiket penipuan cinta atau love scam dua bulan lepas.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata mangsa berusia 22 tahun itu telah berkenalan dengan seorang wanita menerusi aplikasi Telegram pada 11 Mei lepas.
Beliau berkata mangsa mula berhubung dengan suspek wanita itu namun tidak mempunyai nombor telefon individu tersebut, sebaliknya hanya mengetahui nama yang tertera pada akaun media sosial berkenaan.
"Suspek yang mendakwa bekerja dengan sebuah syarikat pemasaran dalam talian di Kuala Lumpur kemudian meminta untuk meminjam wang daripada mangsa bagi membuat bayaran kepada syarikat berkenaan.
“Mangsa turut ditawarkan untuk menjalinkan hubungan intim sekiranya membuat bayaran kepada suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Azli berkata lelaki itu yang terpedaya dengan pujukan tersebut telah melakukan transaksi wang sebanyak 45 kali daripada akaun bank miliknya ke akaun yang diarahkan oleh suspek bermula 11 Mei hingga 4 Julai lepas dan hingga kini suspek masih meminta wang daripada mangsa.
Beliau berkata mangsa yang menyedari ditipu telah membuat laporan semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Loading…
www.bernama.com