BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Syarikat Jualan Kereta Rugi Lebih RM400,000 Diperdaya "Phone Scam"

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Syarikat Jualan Kereta Rugi Lebih RM400,000 Diperdaya "Phone Scam"​

4a9cfa2955ab9c921469057a08a64dca6a145d71452b7

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Mohd Noor

Sebuah syarikat jualan kereta di sini kerugian RM452,000 selepas diperdaya sindiket penipuan melalui telefon atau phone scam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pada Isnin lepas, kerani kewangan  syarikat berkenaan menerima pesanan WhatsApp daripada suspek yang menyamar sebagai pemilik syarikat.

Beliau berkata suspek mengarahkan wanita berusia 50 tahun itu supaya mengemukakan baki akaun dan membuat tiga pindahan wang berjumlah RM452,000 ke tiga akaun berbeza pada hari yang sama.

"Bagaimanapun sehari selepas itu, suspek mengarahkan mangsa membuat tambahan pindahan wang sebanyak RM235,000 ke satu akaun lain.

"Mangsa yang hairan dan curiga kerana permintaan transaksi yang banyak bertindak menghubungi pemilik syarikat melalui telefon untuk mengesahkan perkara tersebut, namun dinafikan," katanya.

Azli berkata mangsa yang menyedari ditipu telah membuat laporan polis pada 11.19 pagi semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

 
Back
Top
Log in Register