BTC USD 85,941.2 Gold USD 4,333.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ahli Perniagaan Rugi Lebih RM2.7 Juta Diperdaya Phone Scam

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,808
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,808
Reaction score
98
Points
80
ea38d58c246cafcd63006e6c2a6dcf246899a38911d58

Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairudin

Seorang ahli perniagaan lelaki kerugian lebih RM2.7 juta selepas diperdaya sindiket penipuan telefon yang menyamar sebagai pegawai polis dan timbalan pendakwa raya.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin, berkata mangsa, 64, menerima panggilan pada awal September tahun lepas daripada suspek yang mendakwa beliau terlibat dalam kegiatan penggubahan wang haram.

Beliau berkata suspek, yang mengaku bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, Selangor, mengarahkan mangsa memindahkan wang berjumlah RM2.7 juta ke lima akaun bank berbeza bagi mengelak tindakan undang-undang.

“Mangsa juga diarahkan tidak menyemak atau membuat sebarang transaksi daripada akaun berkenaan bagi tujuan keselamatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa menyedari ditipu setelah mendapati wang dalam semua akaunnya telah lesap dan membuat laporan di (IPD) Kuala Terengganu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

 
Back
Top
Log in Register