BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelajar IPG Lemas: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Semak Semula SOP Aktiviti Luar

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
308c4453807188d35867092f5a5a30f969d21e3317c2a

--kredit FB Fadhlina Sidek

Kementerian Pendidikan (KPM) sedang meneliti semula prosedur operasi standard (SOP) bagi penganjuran aktiviti luar melibatkan semua institusi di bawah kelolaannya bagi memastikan aspek keselamatan dapat diperkukuh.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata langkah ini susulan insiden kemalangan yang mengorbankan dua guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perlis ketika mengikuti Program Pendidikan Luar Kampus di Pantai Merdeka pada Sabtu lepas.

Beliau berkata kementerian mengambil tanggungjawab penuh atas kemalangan yang berlaku.

"Keadilan perlu ditegakkan untuk keluarga. Siasatan yang telus, tuntas dan menyeluruh sedang berjalan. Sebarang pelanggaran peraturan akan dikenakan tindakan dan tiada sesiapa yang akan dilindungi," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya di sini, hari ini.

Fadhlina berkata beberapa pegawai yang terlibat secara langsung dalam penganjuran program itu akan ditempatkan sementara di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis sehingga proses siasatan selesai.

Semalam, beliau hadir ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah bagi memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Christopher Ling Jia Siang dan Joey Ling Lin Siang.

Beliau turut mengadakan pertemuan dengan keluarga terdekat kedua-dua mendiang dan menyampaikan ucapan takziah.

 
Back
Top
Log in Register