Ok saya nak kasi update terkini.
1. Surat pengesahan projek terbengkalai dari Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor sudah dikeluarkan.
2. Surat pengesahan projek TANPA LESEN, sudah diterima dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
3. Pihak HBA telah bawa aduan saya ke pengetahuan KSU, KPDNKK. Seseorang dari KPDNKK telah menghubungi saya, dan saya telah lengkapkan laporan dan segala maklumat profil pelaburan ke pengetahuan pihak Kementerian. Saya difahamkan, pihak KPDNKK akan mengadakan satu mesyuarat dgn Bank Negara dan KPKT dlm masa yg terdekat.
4. Setelah dihubungi oleh Puan Farah, dan mendapat seorang lagi investor, kami telah berhubung menerusi email dan bersepakat utk mendapatkan khidmat lawyer utk tindakan selanjutnya.
5. Saya dan seorang lagi investor, sudah mengambil langkah kedepan, yakni kami akan saman pihak developer dan pihak bank. Kebetulan lawyer yg kami jumpa tu, pernah menghadiri taklimat pelaburan syahira atas pelawaan seorang rakan, so bila saya call lawyer tu, alhamdulillah, dia sgt familiar dgn penipuan ni. Kami dinasihatkan utk apply for annulment keatas loan agreement nie.
6. Semoga segala usaha saya membuahkan hasil, semoga semua yg teraniaya mendapat pembelaan sewajarnya, dan semoga mereka-mereka yg memakan duit haram mendapat balasan di dunia dan akhirat, setimpalnya keatas perbuatan mereka.
7. Sesiapa yg membaca ini, sekiranya ingin berhubung dengan saya, (yakni menjadi mangsa penipuan syahira/kamara), saya boleh dihubungi di
[email protected].
Syukur alhamdullilah, saya dpt jumpa mereka2 ini, termasuklah lawyer tu, kat internet aje. Mmg betulah, internet adalah dunia tanpa sepadan.

paid