BTC USD 84,170.3 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelaburan Emas Genneva

byk nya self promote(Spam)
biggrinn.gif
 
tun M mintak kes ini diselesaikan dgn segera sbb ia boleh merosakkan sistem emas
 
never give up.
hope for da best
prepare for da worst
 
Bank Negara tiada kuasa kembalikan wang dibeku

KUALA LUMPUR 3 Nov. - Bank Negara Malaysia tidak mempunyai kuasa untuk mengembalikan semula wang yang telah dibekukan akibat pelaburan yang dibuat dalam skim haram.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai sebaliknya berkata sekiranya terdapat prosiding jenayah terhadap mana-mana kes penyelewengan, segala aset hanya boleh diuruskan atas perintah mahkamah.

"Pelabur boleh memfailkan kepada mahkamah tuntutan pihak ketiga bagi pemulangan wang atau aset mereka. Maklumat mengenai sama ada dan bagaimana untuk memfailkan sesuatu tuntutan akan diberitahu apabila prosiding mahkamah selesai," katanya.

Beliau menjawab soalan Senator Chew Lee Giok di Dewan Negara hari ini sama ada pelabur skim pelaburan haram yang telah dibekukan aset boleh mengambil semula wang pelaburan mereka.

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Dalam_N...da-kuasa-kembalikan-wang-dibeku#ixzz2E9dDzYdr
© Utusan Melayu (M) Bhd
 
Genneva Malaysia syarikat bermasalah
Oleh AZMAN IBRAHIM
[email protected]

KUALA LUMPUR 3 Dis. - Hasil serbuan Bank Negara Malaysia (BNM) bersama beberapa agensi penguatkuasa terhadap syarikat-syarikat yang disyaki menjalankan skim pelaburan haram menggunakan emas mendapati satu daripada syarikat itu iaitu Genneva Malaysia Sdn. Bhd. (Genneva Malaysia), merupakan syarikat yang bermasalah.

Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan BNM bersama Polis Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, laporan awal perakaunan menunjukkan operasi Genneva Malaysia mengalami kerugian besar tahun ini dan mempunyai liabiliti melebihi 10 kali asetnya.

Syarikat itu sebenarnya tidak akan dapat mengekalkan cara operasinya iaitu menjual emas pada kadar 20 hingga 25 peratus lebih tinggi daripada harga pasaran, membayar pulangan dua hingga tiga peratus sebulan dan membeli balik emas pada harga asal belian, kata kenyataan itu di sini hari ini.

Sehubungan itu, aliran tunai untuk membolehkan syarikat itu meneruskan operasinya adalah bergantung daripada wang pelaburan pelanggan baharu.

"Dokumentasi yang disita menunjukkan lebih daripada 8,000 pelabur syarikat tersebut yang telah membuat pembayaran untuk pelaburan emas juga masih belum menerima emas mereka yang jumlahnya melebihi 4,000 kilogram.

"Selain itu, didapati terdapat pelabur yang telah menyerahkan emas mereka kepada syarikat tersebut tetapi masih belum menerima bayaran balik tunai yang jumlahnya melebihi RM80 juta,'' kata kenyataan bersama tersebut.

Agensi-agensi penguatkuasaan itu juga menyatakan mereka menerima banyak rayuan daripada pihak yang terlibat dengan perniagaan Genneva Malaysia untuk melepaskan wang yang dibekukan dalam akaun bank sebanyak RM99.8 juta dan emas yang disita sebanyak 126 kilogram yang disimpan sebagai bukti bagi kesalahan yang disyaki.

Bagaimanapun, BNM dan agensi-agensi itu menyatakan, wang dan emas tersebut dikehendaki untuk tujuan penyiasatan dan hanya akan dilepaskan dengan arahan mahkamah dan usaha sedang dilakukan bagi mempercepatkan siasatan untuk mencapai penyelesaian awal.

Orang ramai dinasihatkan supaya merujuk kepada laman web BNM di www.bnm.gov.my untuk maklumat lanjut.

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Dalam_N...va-Malaysia-syarikat-bermasalah#ixzz2E9dS1rxH
© Utusan Melayu (M) Bhd
 
quite good analysis

http://nexttrade.blogspot.com/2012/12/genneva-ugly-truth.html

Genneva%27s+assets+&+liabilities.gif


Based on this simplistic scenario, the real solution could be that all those claims can be settled with a distribution of 15 sen for every ringgit claimed (Example: If your claim is RM10,000, you accept RM1,500). (Note: The authority reported that the liabilities actually exceed the assets by more than 10 times. As such, the final settlement will not exceed 10 sen for every ringgit claimed.)

maksudnya, kalau bank pulangkan balik duit para pelebur, setiap RM10,000 hanya dapat balik RM1500 [assumption, no new customer and geneva not allowed to operate anymore]
 
Paling setuju!!!
Sebab tu aku give up jadi dealer PG... Sbb diorang asyik suruh beli then jual jer... Padahal dealer mcm broker saham ,,, kiri kanan dpt komisen... So aku jadi member nubex beli then simpan.. And jual bila harga tinggi... Lagi berbaloi... Or simpan kat UOB GSA pun ok...

ada benar juga kate tuan tu..tapi tak semua dealer PG mcm tu.
Masing2 ada cara masing2. mmg tidak dinafikan ramai dealer PG hanya mencari keuntungan.sy juga adalah dealer PG. tp sy ada pendekatan sy sendiri. sy lebih suke membimbing mereka yg berminat dgn emas ini drpd hanye suruh jual dan beli shaja. sy anggap pelanggan sy sbg rakan niaga sy yg berkongsi minat yg sama iaitu emas.sy berkongsi ilmu dan bimbing mereka dr mula smpai sesorg itu mapu mengurus simpanan/pelaburan emasnya sendiri dan mengajar pada org lain pula.

kerana ilmu yg bermanfaat tidak akan ptus pahala nye dan akan berterusan walaupun sesudah kita mati.itu la mind set sy, dgn itu menjadikan hati sy lebih tenang tanpa memikirkan keuntungan semata2.Jika anda berfikir Positif, menjadi dealar itu sebenarnya bole menjana pahala utk anda.Ingat, jika segala perniagaan dan kerja kita lakukan utk mencari redha Allah, Allah akan buka pintu rezeki utk kita seluas langit.Dan anda pasti berjaya. Harap perkongsian sy ini dpt mengubah pemikiran dealer2 PG yg mencari keuntungan semata2.
 
quite good analysis

http://nexttrade.blogspot.com/2012/12/genneva-ugly-truth.html

Genneva%27s+assets+&+liabilities.gif


Based on this simplistic scenario, the real solution could be that all those claims can be settled with a distribution of 15 sen for every ringgit claimed (Example: If your claim is RM10,000, you accept RM1,500). (Note: The authority reported that the liabilities actually exceed the assets by more than 10 times. As such, the final settlement will not exceed 10 sen for every ringgit claimed.)

maksudnya, kalau bank pulangkan balik duit para pelebur, setiap RM10,000 hanya dapat balik RM1500 [assumption, no new customer and geneva not allowed to operate anymore]

rugi woooo. baik try to reconstruct balik company tu. convert all liabilities into shares. guna cash dgn gold yang ada untuk buat bisnes betul, macam habib tu semua. cash dgn stok dah ada. tinggal buat je.

existing dgn former shareholders and directors, semua kena buang dgn buat pendakwaan. all proceedings, kalau dapatlah, kongsi antara gomen dgn shareholders yang baru. 10:90 ke, 20:80 ke.

yang mana tak setuju, bayar je RM0.15/RM1.

tapi ni, kalau BNM betul2 nak buatlah.

nak naikkan balik ke atleast RM1 mungkin lambatlah. tapi, baik try, daripada gold dgn duit tu melanguk kat store BNM. 99juta, kalau buat overnight REPO, dapat 6%p.a pun dah konyang. seminggu sekali dah leh dapat, RM16k. 52 minggu? aiyoyoyo. kaya derrrr....yang simpan duit tu skrg.:D:D
 
tapi aku rasa..pada anda pelabur semua..jgn harap la BNM nak release..nnt pasti akan ada alasan terbaru dr BNM..
 
Back
Top
Log in Register