BTC USD 84,405.9 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelaburan Emas Genneva

BNM percepatkan siasatan ke atas Genneva Malaysia

KUALA LUMPUR 30 Okt. - Bank Negara Malaysia (BNM) akan mempercepatkan siasatan ke atas syarikat urus niaga emas, Genneva Malaysia Sdn. Bhd., dalam usaha menyelesaikan segera perkara itu.

“Kami mempercepatkan kesemua siasatan agar kami dalam menyelesaikannya dengan segera.

“Kami tahu yang ramai penyimpan dan pelabur mahu tahu kesudahannya, jadi, kami akan mempercepatkannya sebaik mungkin," kata Gabenor BNM, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz kepada pemberita di luar majlis Kongres Insurans Asia Timur ke-26 di sini.

Pada 1 Okt, pasukan polis, BNM dan Suruhanjaya Syarikat-syarikat Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah membuat serbuan ke atas Genneva dan sekutunya di dalam negara kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan.

Tiga syarikat lain, Pageantry Gold Bhd, Caesar Gold Sdn Bhd dan Worldwide Far East Bhd, turut diserbu. - BERNAMA

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Ekonomi...asatan-ke-atas-Genneva-Malaysia#ixzz2Aq9NXhZ9
© Utusan Melayu (M) Bhd
 
jom ikut saya buat MLM emas pertama di Malaysia dan di Dunia..!!
klik link saya, tq
 
Join dapat emas, kompeni problem jual balik emas kat pasaran, senang gitu kan...
 
Sini dah jadi medium iklan ke? semua dok promote?

Jangan click kat siggy saya.. itu bukan untuk orang nak cepat Kaya..
 
Back
Top
Log in Register