
PANDUAN KEMASKINI MAKLUMAT AKAUN & PENGESAHAN eKYC (AKAUN PERNIAGAAN)
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Bagi pemilik Akaun Perniagaan/Syarikat, sila ikuti panduan pada poster ini sebelum menghantar eKYC untuk pengesahan.

STEP 1 – Login Akaun
Login ke akaun Emas Sri Semantan (SSPC), tekan ikon ☰ (Menu) dan pilih Akaun Saya.

STEP 2 – Semak Maklumat Akaun
Pastikan semua maklumat adalah tepat seperti:
• Nama Perniagaan
• Nama Pengguna
• No. Telefon
• E-mel
• No. Pendaftaran SSM
• Nama Pemilik
• No. Kad Pengenalan
• Alamat Perniagaan

STEP 3 – Semak E-mel & No. Telefon
Pastikan nombor telefon dan alamat e-mel yang digunakan bukan nombor telefon atau e-mel yang telah digunakan pada akaun lain. Setiap akaun hendaklah menggunakan nombor telefon dan e-mel yang berbeza bagi mengelakkan masalah semasa proses eKYC dan pengesahan akaun.

STEP 4 – Lengkapkan eKYC
Tekan Mula KYC, kemudian muat naik semua dokumen yang diperlukan. Pastikan gambar dan dokumen yang dimuat naik jelas serta tidak kabur.

STEP 5 – Sahkan Maklumat
Semak semula semua maklumat yang dipaparkan termasuk maklumat perniagaan, pemilik dan akaun bank sebelum membuat penghantaran.

STEP 6 – Hantar Untuk Pengesahan
Jika semua maklumat telah disahkan betul, tekan Hantar untuk Pengesahan dan tunggu proses semakan daripada pihak syarikat.

PERHATIAN
* Jangan gunakan nombor telefon yang telah didaftarkan pada akaun lain.
* Jangan gunakan alamat e-mel yang telah didaftarkan pada akaun lain.
* Bagi ahli yang berumur di bawah 18 tahun, akaun boleh ditukar kepada Akaun Perniagaan dengan menggunakan maklumat ibu, bapa atau penjaga yang sah untuk tujuan eKYC dan pengesahan, tertakluk kepada prosedur yang ditetapkan oleh pihak syarikat.

Pastikan semua maklumat adalah tepat sebelum dihantar bagi mengelakkan kelewatan atau kegagalan proses pengesahan eKYC.