Xilence Swordswind
Junior Member
- Messages
- 91
- Joined
- Aug 16, 2012
- Messages
- 91
- Reaction score
- 0
- Points
- 6
agen yg trade emas kata tidak haram.
Ustad yg ada scholar ekonomi dan berpangkat ustad pulak kata haram.
so semua org kene pecaya sape ni?
Agen emas atau ustad?
Rujuk post
4. Sila sandarkan link atas dakwaan fatwa tersebut dan kita belajar.
Sesiapapun boleh kata "ustaz kata..." tetapi hujahnya tidak kita ketahui.
Kita menyalahkan jual beli emas itu tetapi pernah kita memikirkan jual beli
kenderaan, rumah, pinjaman PTPTN, ahli keluarga kita yang membeli emas
di kedai emas, Pinjaman bank hatta Amanah Saham Bumiputra dan
pelaburan-pelaburan lain bank seperti Pinjaman bank ASB.
Baiklah kita lihat apa "ustaz kata" mengikut link yang Karchis beri dimana
saya telah membacanya terlebih dahulu sebelum berada di carigold,
alhamdulillah:
a. Jawapan Emas di Jual Beli Secara Ansuran - Uztaz Zaharuddin.
Semua ulama empat mazhab mengharamkan jual beli barangan emas secara
ansuran dan hutang.
JELAS, CARANYA : MESTILAH SESEORANG YANG INGIN MELAKUKAN 'TRADE IN'.
MENJUAL TERLEBIH DULU KEPADA PEKEDAI EMAS ITU, LALU IA MESTILAH MENGAMBIL
DUIT HARGA RANTAI LAMA ITU, CTH HARGA SEUTAS RANTAI EMAS LAMA KITA RM 2000
DAN BERATNYA 200 GRAM, APABILA KITA INGIN TRADE IN DENGAN RANTAI BERHARGA
RM2500, MAKA KITA MESTI JUAL DULU, LEPAS KITA PEGANG DUIT RM2000, BARULAH
KITA PILIH RANTAI BARU DAN KEMUDIAN TAMBAH DGN RM 500, KEMUDIAN PEMBELI
MEMBAYAR KEPADA PEKEDAI LALU MENGAMBIL RANTAI BARU ITU.
Kemungkinan jika transaksi seumpama ini di buat di Malaysia, ia akan
kelihatan pelik. Bagaimanapun itulah cara yang selamat
dari Riba.
Ust Zaharuddin Abd Rahman
http://zaharuddin.net/hal-ehwal-riba/286-hukum-beli-emas-secara-ansura n-a-trade-in.html
sambung komen xilence
xilence tiba-tiba terasa malas kerana tidak semua orang suka membaca
sehingga mereka suka membaca sekerat sahaja. Baca lah hujah sepenuhnya di link tersebut.
Saya juga setuju dengan Yudiliya kerana tiada siapa pun memaksa anda untuk
melabur. risiko untung rugi adalah biasa dalam pelaburan kerana jika tidak
semua manusia di dunia ini kaya. Membezakan seseorang boleh berjaya dalam
pelaburan adalah ILMU, sentiasa mengingat tuhan dan belajar untuk
tidak berputus asa. Bantulah diri anda sendiri untuk menuntut ilmu dan mancari guru yang betul.
Dalam forum semua orang adalah pakar rujuk.
