BTC USD 62,135.3 Gold USD 4,436.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelabur dakwa tertipu

kopedik ni, dah masuk berita tadi,

minta maaf la kepada org melayu semua, jgn ingat senang nak senang, pantang nampak pelaburan, terus melabur je supaya konon duit tu boleh beranak..

pada pendapat aku, kopedik ni bukannya nak menipu dari awalnya, dia tarik ramai pelabur dan dia menjanjikan macam-macam janji manis , tapi akhirnya dia tak dapat manage duit terkumpul yg banyak tu, mungkin gelap mata enjoy sana sini, mungkin pengurusan tak betul beli itu ini, mungkin ada yg pecah amanah bawak lari duit... kita tak tahu

tapi dah tentu semua org takkan peduli apa masalah dalaman diorang, apa yg org nak adalah duit dia balik, dan kopedik sepatutnya bertanggungjawab, bukannya melarikan diri...

jadi pengajarannya,

buat si peniaga=
nak meniaga kaji betul-betul dulu,uruskan betul-betul dulu, jangan senang-senang ambik duit orang.

buat si pelabur=
sayangla duit tu sikit, jangan gelap mata atas janji-janji cepat kaya mcm tu, nak cepat kaya kena usaha sendiri, bukannya suruh org lain yg usahakan untuk anda
 
jaga...
jgn terus labur..
tgk dulu syarikat tu mcm mana..
 
biaq dia lepas ka dunia
nak mati nanti dia rasa la azab mcm mana mkn duit haram....macam aku kena kat jai network ngan kambing kat johor ari 2......xhalal mkn duit aku dunia akhirat......
 
Aku dah serik labur-labur ni....dah byk lebur...usaha sendiri lg baik...
 
mari kita ramai - ramai kasi tinju maut pendekar laut dan tendangan maut kesatria baja hitam!
 
dah nak labur mestila lebur kalau tak pandai kaji!..tak percaya tanya ahli forex dan saham..take examples from them. Tanpa ilmu dan kajian seolah2 anda menderma wang tersebut kepada pemilik sykt tersebut. Sungguh Baik hati anda. !!
 
dah nak labur mestila lebur kalau tak pandai kaji!..tak percaya tanya ahli forex dan saham..take examples from them. Tanpa ilmu dan kajian seolah2 anda menderma wang tersebut kepada pemilik sykt tersebut. Sungguh Baik hati anda. !!

betul tu..
kaji n study dulu..
kalau ada duit tp ilmu tkda labur pn tk jd.. buat sendiri pn tk jadi..
 
susah laa...nak cari makan....kalu kompeni ok, bayar keuntungan pada pelabur....kerajaan pulak yg scamm.....payah...payahh...
 
biar lambat kaya..asalkan jgn tipu n dtipu org..
 
Back
Top
Log in Register