BTC USD 63,672.2 Gold USD 4,504.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelabur dakwa tertipu

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR: Licik apabila sebuah koperasi berdaftar berpejabat di Bandar Permaisuri, Cheras, mampu memperdaya ribuan mangsa dari seluruh negara untuk melabur bagi projek penanaman serai secara inkubator sebelum melarikan wang pelaburan terbabit dipercayai mencecah jutaan ringgit.

Difahamkan, koperasi itu turut menawarkan program pelaburan berasaskan telekomunikasi yang didakwanya bertujuan membantu meningkatkan ekonomi masyarakat dan mampu mengaut keuntungan lebih RM10 juta biarpun masih setahun jagung beroperasi.

Bagi menarik minat pelabur, koperasi terbabit mendakwa akan membayar 50 peratus keuntungan daripada jumlah pelaburan selepas peserta menyertai program itu selama setahun berdasarkan perjanjian.

Namun, harapan lebih 5,000 peserta lebur apabila koperasi yang menjadikan karnival anjuran stesen televisyen swasta sebagai medium untuk mempromosikan program serta menabur pelbagai janji manis kepada orang ramai ‘lesap’ selepas kegagalan membayar keuntungan seperti dijanjikan.

Mangsa hanya mahu dikenali sebagai Mimi, 40-an, yang juga seorang ibu tunggal beranak lapan, mendakwa terpaksa menggigit jari apabila wang tabungannya lebih lima tahun sebanyak RM15,000 ‘ghaib’ selepas pihak koperasi terbabit enggan membayar keuntungan seperti dijanjikan.

“Saya menyertai projek penanaman serai itu selepas tertarik dengan janji manis pihak terbabit ketika melancarkan program itu sewaktu Pameran Pertanian Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (Maha 2008),” katanya, semalam.

Menurutnya, selepas beberapa bulan menunggu, dia menghubungi pihak koperasi berkenaan bertanyakan mengenai keuntungannya, namun diberi pelbagai alasan oleh petugasnya.

“Saya kemudian bergegas ke premis terbabit namun mendapati ianya sudah tidak beroperasi,” katanya.

Seorang lagi mangsa, Abd Malek Mohamad, 40, berkata dia kerugian RM32,000 akibat melabur apabila mendapat tahu lebih 5,000 sudah menyertai program terbabit.

“Saya dimaklumkan koperasi itu sudah menjana keuntungan lebih RM10 juta, namun bertindak menghilangkan diri,” katanya, semalam.
 
ramai tul penipu laaa niii....skrrg ade lak company offer penternakan tenusu pulak...jaga2
 
ramai tul penipu laaa niii....skrrg ade lak company offer penternakan tenusu pulak...jaga2

Yang herannya masih ramai yang tak serik
 
Kat CG nie pun pantang ada yang buka tread ala ala investment laju jer yang nak detail info...bila kantoi salahkan CG lak~X(
 
ni koop mgkuk hayun ni...cian msti melayu tipu melayu ni...
aku pun mcm kna gak nak kitabwaima... errr geram aku... ingtkan islamik sgt tp jd cmni plak..
 
payah nak percaya bab2 investment cam nie....
 
ramai tul penipu laaa niii....skrrg ade lak company offer penternakan tenusu pulak...jaga2

ternak sendiri je bro,lg sng
untung rugi sendiri tanggung..
 
yg penipu jnis nak kaye cepat..yg kne tipu pon jnis tu jugak..
 
Back
Top
Log in Register