BTC USD 62,450.4 Gold USD 4,511.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

pekida tawar pinjaman

cinderella

Active+ Member
Messages
4,553
Joined
Aug 21, 2008
Messages
4,553
Reaction score
13
Points
25
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) menawarkan pinjaman tanpa faedah bukan saja kepada ahli malah kepada masyarakat Bumiputera di negara ini.

Presidennya, Jamaluddin Yusof, berkata pakej rangsangan itu ditubuhkan bagi mengurangkan beban ditanggung masyarakat sekali gus mengelakkan mereka terjebak meminjam ceti haram atau along.

“Pekida bukan saja membantu dari segi pengurusan kewangan, malah turut menubuhkan koperasi bagi tujuan pemasaran produk berasaskan industri kecil dan kecil (IKS).

“Ini antara inisiatif kami untuk membantu golongan tidak berkemampuan mahupun usahawan Bumiputera yang baru menceburkan diri dalam bidang perniagaan sekali gus menjadikan kami sebagai ejen promosi produk mereka,” katanya.

Beliau ditemui ketika majlis pelantikan watikah kepada 70 ‘Abang Long’ dan ‘Kak Long’ pertubuhan berkenaan, kelmarin.

Selain itu Jamaluddin berkata, pihaknya mahu melahirkan lebih ramai remaja mempunyai kemahiran bagi mencukupi pasaran tenaga kerja yang amat diperlukan negara pada masa kini.

Beliau berkata, pembukaan Kolej Pekida Malaysia (KPM) di Nyalas bakal merealisasikan impian itu sekali gus menepis tanggapan buruk segelintir masyarakat yang mendakwa Pekida cenderung ke arah keganasan.
 
miss bayar kalu..terus kena buru ngan ayahnda ...satu bas turun cari ...:))
 
fuh...biar benar nih!!!..
 
Back
Top
Log in Register