BTC USD 60,762.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

pekida tawar pinjaman

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) menawarkan pinjaman tanpa faedah bukan saja kepada ahli malah kepada masyarakat Bumiputera di negara ini.

Presidennya, Jamaluddin Yusof, berkata pakej rangsangan itu ditubuhkan bagi mengurangkan beban ditanggung masyarakat sekali gus mengelakkan mereka terjebak meminjam ceti haram atau along.

“Pekida bukan saja membantu dari segi pengurusan kewangan, malah turut menubuhkan koperasi bagi tujuan pemasaran produk berasaskan industri kecil dan kecil (IKS).

“Ini antara inisiatif kami untuk membantu golongan tidak berkemampuan mahupun usahawan Bumiputera yang baru menceburkan diri dalam bidang perniagaan sekali gus menjadikan kami sebagai ejen promosi produk mereka,” katanya.

Beliau ditemui ketika majlis pelantikan watikah kepada 70 ‘Abang Long’ dan ‘Kak Long’ pertubuhan berkenaan, kelmarin.

Selain itu Jamaluddin berkata, pihaknya mahu melahirkan lebih ramai remaja mempunyai kemahiran bagi mencukupi pasaran tenaga kerja yang amat diperlukan negara pada masa kini.

Beliau berkata, pembukaan Kolej Pekida Malaysia (KPM) di Nyalas bakal merealisasikan impian itu sekali gus menepis tanggapan buruk segelintir masyarakat yang mendakwa Pekida cenderung ke arah keganasan.

pinjaman koperasi tanpa faedah ke ni.... best.. best... best... ada 15 tahun tak?:D
 
dah jadi ahlong pulak daaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhh...!

piigi dah!
 
awal2 ok ni
nnti da lama2
makin rmai org pinjam, makin liat org nak bayar
pekida akan bertukar jd ahlong lak
skang pon gangster pa geng neh
bonzer pub
 
ni yang aku dapat....tp xtau ni fakta atau auta...org pekida tolong betulkan kalau salah...

(PINJAMAN (MIKRO PERNIAGAAN) via PEKIDA link: JUMLAH PINJAMAN : RM75,000.00 SAHAJA
JUMLAH TUNAI DITERIMA : RM49,700 SAHAJA
INSURANS : RM25,300 SAHAJA
BAYARAN ANSURAN BULANAN : RM 4,000/BLN SAHAJA
TEMPOH PINJAMAN : 2 TAHUN (24 BULAN) SAHAJA
TEMPOH PROSES PINJAMAN : 60 HARI

JUMLAH DANA CUMA : 2 BILLION SAHAJA
TARIKH MULA PAKEJ INI : MINGGU AKHIR JUN 2008
SETIAP PERMOHONAN YANG LULUS AKAN DIANUGERAHKAN:
a). 2 PAKEJ UMRAH
b). SEBUAH LAPTOP
-ANDA DIGALAKKAN MELABURKAN SEMULA WANG TUNAI YG DITERIMA
KE DALAM SEBARANG PERNIAGAAN YG SESUAI



SYARAT PERMOHONANAN:

1). WARGANEGARA MALAYSIA. ISLAM. 18 THN KE ATAS
2). TIDAK DIISYTIHARKAN MUFLIS/BANKRAP OLEH BANK/INSTITUSI KEWANGAN
(BLACKLISTED/ CCRIS/CTOS LAYAK MEMOHON)
3). ANDA MEMPERKENALKAN PAKEJ PINJAMAN INI KEPADA 4 ORANG SAHABAT SEMASA MEMOHON/HADIR TAKLIMAT KHAS PAKEJ PINJAMAN
(TIADA HAD UNTUK ANDA PROMOSIKAN PAKEJ PINJAMAN INI)
4). SALINAN KAD PENGENALAN DEPAN & BELAKANG (A4)
5). ANDA & 4 ORG SAHABAT MESTI HADIR TAKLIMAT KHAS (WAJIB HADIR DIRI, WAKIL TIDAK DITERIMA) BAGAIMANA ANDA NAK BAYAR ANSURAN RM4k/BLN?a). LEVEL PERTAMA 4 ORG, ANDA DAPAT RM8k (RM4k BAYAR PINJAMAN)
b). LEVEL KEDUA 16 ORG, ANDA DAPAT RM32k (RM16k BAYAR PINJAMAN)
a). LEVEL KETIGA 54 ORG, ANDA DAPAT RM90k (RM32k BAYARPINJAMAN)
-UNTUK DETAIL, SILA HADIR DIRI KE TAKLIMAT KHAS BERIKUT:TARIKH: 5 JULAI 2008
LOKASI: KFC/AYAMAS PETALING JAYA (DEPAN PJ HILTON)
MASA : 10.00 PAGI HINGGA 2.00 PETANG SAHAJA
 
bagus nih..tpi ada ke yg branih pinjam.haha.
satu cara terbaik kalo nak awie dtg umah..:D
 
Back
Top
Log in Register