BTC USD 63,157.2 Gold USD 4,326.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PEKIDA dan air mata Lan Gajah

kasturi

Legendary Member
gem
Messages
13,525
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,282
Points
196
4 May 2014


MGF_RawatanTradisional02.jpg

Siapa tidak kenal dengan Lan Gajah?


Itu nama gelaran kepada Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) Wilayah Persekutuan, Datuk Roslan Dahaman yang satu masa dahulu dikenali lantang menyuarakan suara dan hak-hak Melayu di ibu kota satu masa dahulu.

Kelibat Lan Gajah juga sering di media-media sekiranya ada isu melibatkan isu gangsterism dalam PEKIDA, perpecahan PEKIDA dan isu jenayah membabitkan ahli-ahlinya.

Suara garang dan susuknya yang besar dan tinggi menjadikannya dihormati termasuk pimpinan negara satu masa dahulu.

Lan Gajah juga dikatakan bertanggungjawab ‘membersihkan’ imej PEKIDA daripada persepsi negatif masyarakat yang menganggap pertubuhan bukan kerajaan itu dianggotai gangster, penjenayah dan membina kekayaan melalui jalan mudah.

Melaluinya, PEKIDA didaftar dan setiap ahli diberi kad ahli. Jika seseorang ahli membuat jenayah, Lan Gajah berkata, itu atas kapasiti individu bukan PEKIDA.

Namun selepas itu, kehebatan PEKIDA KL dan Lan Gajah pada 1990-an semakin hilang.

Ada mengatakan ia ekoran perpecahan dalam PEKIDA dan ada mengatakan pertubuhan itu sudah berkubur.

PEKIDA mempunyai keahlian sebanyak dua juta seluruh negara dan 15,000 ahli di Wilayah Persekutuan.

Pejabat PEKIDA di Jalan Horly Bukit Bintang (sebelum itu di Kampung Baru) juga semakin suram.

Namun baru-baru ini, penulis perasan pejabat PEKIDA Wilayah Persekutuan sudah bertukar dan berada di Lake Fields, Sungai Besi.

Pejabat baharu itu dicat dengan warna merah, hijau dan kuning bersama logo mengingatkan penulis kepada Lang Gajah.

Rupa-rupanya, Lan Gajah masih ada cuma keadaannya uzur gara-gara penyakit misteri. Badannya semakin kurus, percakapan tidak lancar dan terpaksa berjalan menggunakan tongkat.

Namun Lan Gajah masih mesra media seperti dahulu.

Kini, pada usia 59 tahun, beliau masih bersemangat tetapi keuzurannya membantutkan banyak agenda. Walaupun selalu bersendirian di pejabat namun beliau kadangkala selalu ditemani sanak saudara dan anak-anak buahnya.

“Ayah (membahasakan dirinya) sakit. Badan lemah-lemah dan suara tak boleh keluar. Banyak lagi kerja ayah nak buat (di PEKIDA) tapi taktaulah..,” ujarnya kepada MalaysiaGazette sambil menangis teresak-esak.

Sambil mengesat air mata, Lan Gajah berkata, banyak tempat beliau sudah pergi untuk berubat namun keadaannya belum pulih.

“Nampak macam kena stroke atau kencing manis tetapi sebenarnya ayah tidak ada penyakit sedemikian selepas diuji secara klinikal. Ayah boleh bawa kereta macam biasa,” jelas anak kelahiran Arau, Perlis itu.

Lebih mengejutkan di pejabat baharu PEKIDA, ada orang cuba ‘menyihirnya’ dengan meletakkan batu nisan dan minyak di pintu namun Lan Gajah tetap bersemangat meneruskan perjuangannya dalam PEKIDA selagi hayat dikandung badan, katanya.

“Doakan ayah sihat..banyak kerja-kerja PEKIDA nak buat ni,” ujarnya yang kini baru sahaja menjalani proses pemulihan dengan seorang pengamal perubatan tradisional baru-baru ini.--MalaysiaGazette


lan%20gajah.jpeg
 
Santau ler nie...anak menakan kenalan aku
 
Sampai sihir menyihir ni dh mmg nekad nk kasi terus tumbang
 
dah tua pun orang dendam, ingat jela time muda dulu ada wat apa

dulu brader niaga bazar sebelah tapak ak tinggal nak rodok je gaya die nampak otai lama. pikir tgh jalan dgn bini, cucu je klo tak dah sebat..die cakapla cmtu la..ak iyekan je :))
 
Santau ni bangsa lain tak kena ke
 
Santau ni bangsa lain tak kena ke

Bangsa kita je yg monopoli,rasanya ada perjanjian dgn Syaitan perlu kenakan bangsa kita yg beragama islam je...

Moga pengamalnya dilaknati Allah segera di dunia agar x ramai mangsa yg kufur semasa mencari kaedah perubatan...
Rasa dia jahat sgt bunuh je/upah pembunuh..kurang2 x syirik:mad:
 
Back
Top
Log in Register