BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pejalan Kaki Maut Dirempuh Motosikal

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Pejalan Kaki Maut Dirempuh Motosikal​

461fce539074e387efe88ce8561f420b6771310eeca84


Seorang wanita maut selepas dirempuh sebuah motosikal ketika melintas jalan bersama empat ahli keluarganya, termasuk seorang bayi, dalam kejadian di Kilometer 7.3 Jalan Sungai Petani-Kuala Ketil berhampiran Taipan Square Bandar Puteri Jaya, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hanyan Ramlan berkata pihaknya menerima panggilan memaklumkan mengenai kejadian pada 7 pagi tadi, membabitkan seorang penunggang motosikal dan lima pejalan kaki.

“Penunggang motosikal tersebut dikatakan dalam perjalanan dari rumahnya ke tempat berniaga dan tidak menyedari ada pejalan kaki di bahu jalan.

“Jarak yang dekat menyebabkan penunggang motosikal tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau berkata mangsa iaitu Shukriyah Abu Bakar, 58, disahkan maut di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM), manakala seorang lagi mangsa Siti Aishah Sha'ari, 24, mengalami kecederaan pada bahagian tangan.

Hanyan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 
Back
Top
Log in Register