BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pegawai Diplomatik Ahmad Zahid Meninggal Dunia Pagi Tadi

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Pegawai Diplomatik Ahmad Zahid Meninggal Dunia Pagi Tadi​

5d74a2f627917e4ba3d263979f22271a6a4c98e7eaf9a


Bekas wartawan Datuk Jailani Harun meninggal dunia pada usia 66 tahun di Hospital Serdang di sini pagi tadi.

Perkara itu disahkan anak sulungnya Nabilla Jailani, 33, secara ringkas ketika dihubungi Bernama hari ini.

Pejabat Timbalan Perdana Menteri memaklumkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 11.34 pagi tadi.

Jenazah Jailani yang juga Pegawai Diplomatik kepada Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan dibawa ke Masjid Al-Mubarakah Taman Bukit Cheras untuk disolatkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Alam Damai, Cheras selepas asar.

Sementara itu, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga dan sahabat handai Allahyarham.

“Semoga diberikan kekuatan dan kesabaran berdepan kehilangan ini. Sama-sama kita doakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

 
Back
Top
Log in Register