BTC USD 81,559.4 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pedoman memandu ke Singapura

puyol

CG Top Poster Club
gem
Messages
44,087
Top Poster #7
Joined
Jun 28, 2011
Messages
44,087
Reaction score
7,438
Points
481
DSC_1351.jpg


Apabila berbicara tentang negara Singapura, pasti ramai yang mengaitkannya sebagai sebuah negara yang bersih dan rakyatnya hidup dalam keadaan yang penuh berdisiplin. Dan tak lupa juga Subaru Impreza, umpama Myvi di sini. Bersepah tak tentu hala sampaikan saya sanggup membuka cermin tingkap semata-mata nak menikmati deruman Boxer di kiri dan kanan, depan dan belakang. Impreza Ver.10 tu pun pakcik-pakcik sahaja yang pandu.

Baru-baru ini, saya berpeluang lagi untuk menziarahi saudara-mara cawangan Singapura dengan memandu masuk kereta ke sana. Saya tak pasti, berapa ramai yang tahu tentang peraturan / undang-undang / info berguna yang boleh diaplikasikan seandainya ada diantara Sekutu yang ingin masuk ke Singapura dengan membawa kereta. Jadi, dengan sedikit info yang diberikan barangkali dapat memberikan pedoman dan panduan.

Secara jujurnya saya lebih menggemari laluan Link Kedua berbanding menggunakan Tambak Johor kerana ingin mengelakkan kesesakan. Sukacita ingin saya maklumkan bahawasanya adalah menjadi perkara yang afdal sekiranya kad Sentuh dan Pergi [Touch & Go] anda berada pada tahap yang optimum bagi tujuan keluar masuk Malaysia / Singapura. Sebelum anda melepasi Imigresen Malaysia, ada eloknya penuhkan tangki minyak di hentian rehat Gelang Patah ni. Paling tidak ,bolehlah menyemak terlebih dahulu segala dokumentasi telah dipersiapkan sebelum berdepan dengan abang atau kakak Imigresen.

Bagi yang pertama kali memandu masuk ke Singapura, pastikan anda berhenti di bahagian tepi di hadapan selepas pemeriksaan pasport di Imigresen Singapura [boleh nampak akan ada kereta yang berhenti] bagi tujuan pembelian kad Autopass bernilai $10. Kad dwifungsi ini akan bertindak sebagai permit untuk kereta dan juga boleh dijadikan sebagai alat pertukaran untuk membuat transaksi pembayaran parkir elektronik. Tapi jangan ada yang cuba-cuba nak bagi pinjam kad ini kepada kawan pula. Kad ini umpama IC kepada kereta anda. Jadi, pandai-pandailah nak menjaganya jangan bagi hilang. Memandangkan baki kad anda telah berbaki $4 setelah ditolak $6 sebagai bayaran tol untuk memasuki Singapura, maka bolehlah berkunjung ke 7-Elevan untuk menambah nilainya kemudian.

Sebaik sahaja melepasi Titik Periksa [Check Point] Tuas, anda akan terus sahaja memasuki lebuhraya Singapura. Tapi harus barang diingat, lebuhraya di sana tak macam di tempat kita. Kamera perangkap laju mereka bersepah. Laju sikit sahaja, maka sah-sahlah kereta anda akan termasuk dalam senarai Wanted. Memandangkan laluan lebuhraya Singapura ni agak sempit, maka kurang afdal sekiranya untuk berhenti di laluan kecemasan sebab sibuk nak belek peta Singapura. Serius, sampaikan saya sendiri berasa seriau nak berhenti tepi bagi membetulkan setting GPS.

Anda jangan berasa hairan sekiranya melihat palang di atas lebuhraya bertulis ERP [Electronik Road Pricing] tapi paparan eloktroniknya terpadam. Sememangnya untuk hari minggu [Sabtu, Ahad & Cuti Umum] adalah percuma. Anda tak perlu risau sekiranya anda memasuki Singapura pada tanpa menggunakan IU [In-Vehicle Unit] yang mempunyai fungsi yang sama seperti Tag Bijak [Smart Tag]. Tetapi pengguna seperti saya yang setahun sekali memandu ke Singapura dan tidak menggunakan IU ini, bayaran $5 [sekiranya pada hari biasa] akan dikenakan terus tanpa mengira berapa banyak dan berapa kali yang anda gunakan laluan bertol tersebut. [Fii $5 ini akan ditolak dari kad Autopass sewaktu ingin keluar dari Singapura]

DSC_1416.jpg


Untuk yang pertama kali berada di persimpangan lampu isyarat, jangan berasa pelik sekiranya ada melihat kereta di hadapan anda tiba-tiba berganjak sedikit ke hadapan dan tiba-tiba sahaja terus belok memasuki simpang ke kanan walhal lampu isyarat untuk membelok masih lagi merah. Sememangnya begitu undang-undang di sana yang agak fleksibel. Sekiranya jalan di hadapan anda tiada kereta, maka terus sahaja membelok tanpa perlu menunggu lampu bertukar hijau. Tapi awas, sekiranya ada pejalan kaki yang sedang melintas, keutamaan harus diberikan kepada mereka terlebih dahulu. Undang-undang mereka amat menghormati pejalan kaki yang sedang melintas. Dan apa yang menariknya, pejalan kaki mereka pun tidak melintas sesuka hati di tempat lain dan tidaklah pula melintas seperti mana itik pulang petang [terhegeh-hegeh].

Untuk memakir kereta pula, percuma hanya setelah 5.30 ke atas pada hari Sabtu dan percuma dari 7.00 pagi hingga 10.30 untuk hari Ahad dan Cuti Umum. Manakala, untuk malam, kupon bernilai $4 akan digunakan dan kupon bernilai 50 sen untuk setiap setengah jam pada hari biasa [Isnin - Sabtu].

DSC_1496.jpg


Kalau dah puas meronda-ronda dan tangki minyak dah mula tinggal dua bar, ada eloknya diisikan terlebih dahulu. Terpulang, kalau nak merasa petrol jenis yang biasa-biasa, RON92 pun masih lagi dijual. Tapi kalau harga RON 95 sama ROn97 pun tak jauh mana beza, apa ada hal kalau teringin nak isi minyak premium pula. Kalau jenis yang pakai diesel, harga yang ditawarkan jauh lebih murah berbanding petrol biasa. Tak macam kita, harga petrol dan diesel sikit lebih kurang sahaja.

DSC_13561.jpg


Memandangkan saya pergi ke Singapura waktu cuti [Sabtu, Ahad dan Isnin-Cuti Umum] maka saya tidak perlu membayar $20 sebagai bayaran yang dikenakan untuk memandu masuk ke Singapura [VEP - Vehicle Entry Permit]. Setiap kereta, hanya layak menikmati 10 hari percuma dalam tempoh setahun. Seandainya lebih, maka bayaran $20 akan dikenakan sehari waima masuk ke Singapura pada hari minggu.

Rasanya, segala info yang diberikan mampu membawa faedah kepada Sekutu yang bercadang memandu masuk ke Singapura. Soal berbaloi atau tidak, jawapan saya sangat berbaloi sekiranya anda satu kereta ada tiga ke empat orang dan ada anak kecil macam saya. Senang nak bergerak ke sana-sini. Kalau ditanya tempat-tempat mana yang menarik untuk dikunjungi, selain daripada Universal Studio, bolehlah ke Geylang Serai untuk menikmati segala jenis makanan dan tak lupa Mustafa Centre [tempat membeli segala macam tuk nenek barang yang ori pada harga yang murah]. Tapi kena ingat, tukaran mata wang asing antara Malaysia dan Singapura tak begitu memihak kepada Malaysia. Tukar RM500 cuma dapat $200 jadah nak beli barang apa? Tapi apa yang menariknya, cuba anda bandingkan begini, RM5 kita mungkin hanya mampu membeli nasi lauk ikan bersaiz XS dan sayur taugeh yang dah tak berapa nak segar tetapi dengan $5, di Singapura kita boleh merasa nasi beryani penuh pinggan. Amacam?


Sumber
 
Bab jalan kaki tu memang bagus.
Dorang amat menghormati pejalan kaki.
Bila nampak ada orang nak melintas kat zebra crossing tu, dorang akan slow down even lampu tengah hijau.
Ni berdasarkan pengalaman sendiri.
 
ak ada pengalaman sekali bawak kete kt singapore..ok lar blh adapt cuma 1 je ak xbrape nk paham..let say simpang 4..kita nk belok ke kiri..bila lampu hijau so nak gerak r..time tu lampu pejalan kaki hijau jgk..so kena tggu pejalan kaki lintas dlu..cm xlogik hijau dia tu dgn hijau pejalan kaki..
 
ak ada pengalaman sekali bawak kete kt singapore..ok lar blh adapt cuma 1 je ak xbrape nk paham..let say simpang 4..kita nk belok ke kiri..bila lampu hijau so nak gerak r..time tu lampu pejalan kaki hijau jgk..so kena tggu pejalan kaki lintas dlu..cm xlogik hijau dia tu dgn hijau pejalan kaki..

aku rasa dia punya sistem utamakan pejalan kaki..
pejalan kaki tekan je butang terus hijau tak kira traffic light kaler ape time tu...:-?
 
teringat masa dollar singapura sama dengan nilai rm kita..pegi sana shopping sakan...
 
aku rasa dia punya sistem utamakan pejalan kaki..
pejalan kaki tekan je butang terus hijau tak kira traffic light kaler ape time tu...:-?

xperlu tekan..mmg kalu trafic light kete hijau pejalan kaki pun hijau..mmg cm2..huhu..
 
pernah kerja singapore masa tahun 1997 b4 ekonomi malaysia jatuh, ketika itu matawang 1 dollar singapore = RM1.50 sahaja
 
orang malaysia yang perangai sampah kt malaysia masuk singapore terus jadi baik macam malaikat.. orang singapore yang baik kt singapore terus jadi syaiton bila masuk malaysia.. manusia x takut pada undang2 tapi takut pada penguatkuasaan undang2.. nampak sgt sistem malaysia banyak yg pincang
 
orang malaysia yang perangai sampah kt malaysia masuk singapore terus jadi baik macam malaikat.. orang singapore yang baik kt singapore terus jadi syaiton bila masuk malaysia.. manusia x takut pada undang2 tapi takut pada penguatkuasaan undang2.. nampak sgt sistem malaysia banyak yg pincang

satu pemerhatian yang ada kebenarannya :))
 
Back
Top
Log in Register