amy@promatt
CG Top Poster Club

- Messages
- 20,561
Paid Membership
- Joined
- Jul 16, 2009
- Messages
- 20,561
- Reaction score
- 571
- Points
- 166
Pedang ini dijumpai di sebuah rumah dua tingkat di lereng bukit di dalam kawasan Hospital Lama Kelang. Melalui pendokumentasian dan siasatan oleh pihak Muzium PDRM, pedang ini dipercayai dipunyai oleh seorang pegawai tentera Jepun bernama Kolonel Marimoto. Dikatakan bahawa Kolonel Marimoto ialah seorang pegawai tentera Jepun yang bertugas sebagai pegawai di Jabatan Pelajaran semasa pemerintahan Jepun di Tanah Melayu. Beliau telah jatuh hati dengan seorang guru wanita tempatan. Apabila Jepun menyerah kalah pada Ogos 1945, beliau telah membunuh diri dengan pasangannya di dalam rumah tersebut dan pedang ini telah dijumpai bersama-sama mayat mereka.
Pedang ini dihadiahkan kepada Muzium PDRM oleh Penguasa Polis bersara Encik W.R. Newton. Pedang ini merupakan salah satu bahan sejarah yang dipamerkan di Muzium PDRM.