BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PDRM Umum Pertukaran Tiga Pegawai Kanan, Aida Abdul Hamid Dilantik Pengarah JIPS

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
7f32548905c2e0cccf899520fc91da3a60ea9d9e093c9


Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran tiga pegawai kanan melibatkan jawatan pengarah dan timbalan pengarah di Bukit Aman.

Setiausaha Polis Malaysia DCP Abdul Rahman Kassim berkata pertukaran itu melibatkan Datuk Aida Abdul Hamid, DCP Redzuan Abd Hamid dan Datuk Suryani Sungit.

“Timbalan Pengarah (Kepolisan Am/Kepolisan Komuniti) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman Datuk Aida Abdul Hamid dilantik sebagai Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman dengan memangku pangkat Pesuruhjaya Polis (CP).

“Timbalan Pengarah (Teknikal/Operasi) Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman DCP Redzuan Abd Hamid pula dilantik sebagai Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman dengan memangku pangkat CP,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Abdul Rahman berkata Timbalan Pengarah (Pematuhan Standard) JIPS Bukit Aman Datuk Suryani Sungit pula dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Kepolisan Am/Kepolisan Komuniti) JPJKK Bukit Aman.

 
Back
Top
Log in Register