BTC USD 86,253.6 Gold USD 4,358.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PDRM Hadir Dengan Aplikasi MyBayar Saman

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,591
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,591
Reaction score
7,741
Points
916
PDRM Hadir Dengan Aplikasi MyBayar Saman - Memudahkan Pembayaran Saman Trafik Tanpa Caj Perkhidmatan;

Polis Diraja Malaysia kini telah hadir dengan penawaran baharu, dinamakan sebagai MyBayar Saman. Melaluinya, ia ingin memudahkan pengguna melakukan bayaran saman trafik dengan mudah terus kepada pihak PDRM secara atas-talian. Pengenalan perkhidmatan ini adalah selari dengan usaha kerajaan dalam mendigitalkan sejumlah perkhidmatan kerajaan sedia ada. Malah, trend semasa turut memperlihatkan pengguna memilih untuk membayar saman secara atas-talian meningkat, iaitu 46.7% pada 2020 berbanding hanya 18.5% pada 2019 yang lepas.

Laman MyBayar Saman sendiri mengatakan pengguna boleh melakukan semakan dan bayaran saman secara atas-talian tanpa sebarang caj perkhidmatan – berbeza dengan beberapa penawaran lain. Bagi anda yang memandu dan ingin menyemak saman trafik anda, boleh layari laman MyBayar Saman hari ini.

MyBayar.jpeg

Layari https://mybayar.rmp.gov.my/
Muat-turun https://play.google.com/store/apps/details?id=com.pdrm.mybayarsamanpdrm

 
dh register.... memang berguna tul la...byk rupanya saman ambe ning
 
Nak regiater nya office hour je ke. Asyik connetion failed je pun.
 
adoi. pakai sistem berape ringgit ni? fedup aku nk register
 
Back
Top
Log in Register