BTC USD 63,377.0 Gold USD 1,744.05
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PDRM Hadir Dengan Aplikasi MyBayar Saman

amieshoro

Active+ Member
Joined
Mar 21, 2009
Messages
2,671
Reaction score
118
Points
43
yg myeg tu lain ke?

myeg dah tak bole bayar saman online.. tapi masih bole check saman sendiri dan orang lain

mybayar saman cuma bole check saman sendiri je..

semalam banyak kali registered .. asyik fail je...
lepas midnight baru berjaya registered..

memang aku banyak saman terkumpul lebih sebelas tahun... lebih RM 2k gak..
kebanyakan saman parking sebab dulu kerja tak mampu bayar parking & perkhidmatan bas tak de lepas kul 10 malam..
terpaksa drive & parking kat tempat polis.. sebab tue banyak saman parking..

alhamdulilah dapat juga discount 50%.. settle gak semua saman.
 
Sponsored Post

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,866
Reaction score
2,721
Points
206
Lebih RM19 juta bayaran saman dijelaskan

BN032519590_1616992977.jpg


Kuala Lumpur: Lebih RM19 juta jumlah bayaran saman dijelaskan menerusi aplikasi MyBayar Saman bagi tempoh 25 Mac lalu hingga semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata, jumlah itu membabitkan 177,511 saman yang dijelaskan.

"Pada 25 Mac lalu, sebanyak 37,213 saman dijelaskan membabitkan bayaran saman berjumlah RM4.3 juta, manakala 26 Mac lalu pula, 43,469 saman dijelaskan dengan bayaran RM4.7 juta.

"Jumlah itu terus meningkat pada hari ketiga dengan 66,893 saman dijelaskan membabitkan bayaran berjumlah RM7.2 juta.

"Bagaimanapun, jumlah itu sedikit menurun semalam dengan 29,936 saman dijelaskan membabitkan bayaran saman berjumlah RM3.2 juta," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Azisman berkata, 366,728 pengguna sudah berdaftar dengan aplikasi MyBayar Saman.

"Berdasarkan pemerhatian sejak aplikasi itu dilancarkan, ia mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai.

"Saya harap orang ramai akan mengambil kesempatan membuat pembayaran saman melalui aplikasi ini yang turut memberikan diskaun saman sehingga 50 peratus," katanya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador merasmikan pelancaran portal dan aplikasi MyBayar Saman pada 25 Mac lalu bagi membolehkan orang ramai membuat pembayaran saman secara dalam talian.

Menurutnya, JSPT turut menawarkan diskaun sehingga 50 peratus sempena Sambutan Hari Polis ke-214 bagi pembayaran yang dibuat melalui aplikasi berkenaan selama 18 hari bermula 25 Mac lalu hingga 14 April nanti.

 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,866
Reaction score
2,721
Points
206

Diskaun MyBayar Saman dilanjutkan hingga 15 April

mybayar-saman-1024x536.png


Kuala Lumpur: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) melanjutkan tempoh tawaran diskaun 50 peratus melalui pembayaran saman menerusi aplikasi MyBayar Saman sehingga 15 April ini.

Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, lanjutan tawaran selama empat hari itu dilakukan susulan sambutan menggalakkan daripada orang ramai yang membuat pembayaran saman menerusi aplikasi berkenaan.

"Sejak dimulakan pada 25 Mac lalu dan sehingga hari ke-18 tawaran pada 11 April, kami berjaya mengumpul RM73.3 juta bayaran saman membabitkan 659,998 saman.

"Jumlah itu termasuk RM6.28 juta bayaran saman membabitkan 56,909 saman yang dijelaskan menerusi aplikasi berkenaan.

"Berikutan sambutan menggalakkan, kami akan melanjutkan tawaran diskaun 50 peratus ini selama empat hari lagi sehingga 15 April ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, seramai 708,030 pengguna sudah berdaftar dengan aplikasi berkenaan serta 5,340 aduan e-mel terkumpul.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador merasmikan pelancaran portal dan aplikasi mobil MyBayar Saman pada 25 Mac lalu bagi membolehkan orang ramai membuat pembayaran saman secara dalam talian.

Menurutnya, JSPT turut menawarkan diskaun sehingga 50 peratus sempena Sambutan Hari Polis ke-214 bagi pembayaran dibuat melalui aplikasi berkenaan selama 18 hari bermula 25 Mac hingga 11 April lalu.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,073
Reaction score
12,468
Points
2,376

Diskaun MyBayar Saman dilanjutkan hingga 15 April

View attachment 360670

Kuala Lumpur: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) melanjutkan tempoh tawaran diskaun 50 peratus melalui pembayaran saman menerusi aplikasi MyBayar Saman sehingga 15 April ini.

Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, lanjutan tawaran selama empat hari itu dilakukan susulan sambutan menggalakkan daripada orang ramai yang membuat pembayaran saman menerusi aplikasi berkenaan.

"Sejak dimulakan pada 25 Mac lalu dan sehingga hari ke-18 tawaran pada 11 April, kami berjaya mengumpul RM73.3 juta bayaran saman membabitkan 659,998 saman.

"Jumlah itu termasuk RM6.28 juta bayaran saman membabitkan 56,909 saman yang dijelaskan menerusi aplikasi berkenaan.

"Berikutan sambutan menggalakkan, kami akan melanjutkan tawaran diskaun 50 peratus ini selama empat hari lagi sehingga 15 April ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, seramai 708,030 pengguna sudah berdaftar dengan aplikasi berkenaan serta 5,340 aduan e-mel terkumpul.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador merasmikan pelancaran portal dan aplikasi mobil MyBayar Saman pada 25 Mac lalu bagi membolehkan orang ramai membuat pembayaran saman secara dalam talian.

Menurutnya, JSPT turut menawarkan diskaun sehingga 50 peratus sempena Sambutan Hari Polis ke-214 bagi pembayaran dibuat melalui aplikasi berkenaan selama 18 hari bermula 25 Mac hingga 11 April lalu.


MyBAYAR SAMAN | Diskaun 50% Dilanjut Hingga 15 April

Tawaran diskaun 50 peratus bagi pembayaran saman menerusi aplikasi MyBayar saman dilanjutkan sehingga 15 April ini.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register