BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Payung terjun tersangkut ekor pesawat

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
penerjun-viral.jpeg

Tangkap layar video menunjukkan penerjun itu ‘tergantung’ di udara selepas payung terjun simpanannya terbuka. - ATSB

CANBERRA – Seorang penerjun udara di Australia berdepan detik cemas apabila tergantung pada ketinggian 4,572 meter di udara selepas payung terjun simpanannya tersangkut pada ekor pesawat, lapor akhbar New York Post.

Kejadian berlaku di  Lapangan Terbang Tully, kira-kira 1,609.34 kilometer ke bandar Brisbane, Queensland pada 20 September lalu.

Rakaman video kejadian daripada Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) menunjukkan penerjun terbabit bersiap sedia untuk terjun sebelum payung terjun simpanannya tiba-tiba terbuka.

Angin kencang menyebabkan payung terjun itu tersangkut pada ekor pesawat dan membuatkan penerjun tersebut ‘tergantung’ di udara.

Ketua Pesuruhjaya ASTB, Angus Mitchell berkata, penerjun berkenaan telah merosakkan ekor kiri pesawat jenis Cessna Caravan.

“Juruterbang yang tidak menyedari kejadian tersebut mengatakan bahawa pesawat tiba-tiba naik ke atas, manakala kelajuan menurun dengan pantas.

“Dia bagaimanapun selamat mendarat selepas memotong tali payung terjun itu dengan pisau sekali gus membebaskannya ke udara,” kata Mitchell.

Penerjun itu mengalami cedera ringan, demikian menurut ATSB. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register