BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ekor pesawat SIA terkena landasan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
Ragam-Singa32-scaled.jpg

EKOR pesawat SIA yang rosak. - Foto X/aviationbrk

SINGAPURA –  Ekor sebuah pesawat Singapore Airlines (SIA) rosak semasa cubaan mendarat di Lapangan Terbang Changi selepas tiba dari Manila dalam keadaan cuaca berangin, lapor portal berita VnExpress.

Seorang jurucakap SIA berkata kepada akhbar The Straits Times, kesemua 256 penumpang dan 16 kru pesawat jenis Airbus A350-900 pada Sabtu lalu itu selamat tanpa sebarang kecederaan.

Penerbangan SQ917 tersebut melakukan pendaratan berisiko tinggi pukul 6.07 petang akibat keadaan angin di lapangan terbang.

Jurucakap itu berkata, semasa mendarat ekor pesawat terkena landasan.

Pendaratan kemudian dibatalkan sejurus sebelum atau selepas pesawat cuba mendarat di landasan.

“Pesawat itu membuat pusingan semula sebelum mendarat dengan selamat  pukul 6.32 petang (waktu tempatan) dan bergerak ke terminal tanpa sebarang masalah. Semua penumpang dan kru turun  seperti biasa,” demikian  menurut SIA. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register