BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,361.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pasport Jonker Walk Raih Sambutan Hangat

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141
ff1d10bec9edfd9a0dd9455d6771b2f569806a463d60f

Timbalan Ketua Polis Melaka SAC Md Nazri Nawawi (tiga, kiri) dan Pengerusi Jawatankuasa Jonker Walk Datuk Gan Tian Loo (dua, kiri) selepas merasmikan bakul siah gergasi di sini hari ini.

Bakul siah setinggi 4.57 meter dan lebar 2.44 meter dari China itu akan ditempatkan di Jonker Walk sebagai salah satu tarikan pelancong sempena Tahun Baharu Cina 2024.


'Pasport' istimewa dikenali sebagai 'The Guardian Of Jonker Walk' mendapat sambutan memberangsangkan dengan lebih 4000 keping telah terjual sejak diperkenalkan pada Jun tahun lepas sempena ulang tahun ke-25 destinasi pelancongan ikonik itu.

Pengerusi Jawatankuasa Jonker Walk Datuk Gan Tian Loo berkata pasport itu bukan sahaja dilengkapi peta kawasan tersebut malah turut memaparkan maklumat dan sejarah premis perniagaan atau tarikan pelancongan lain di situ.

Beliau berkata pelancong berpeluang mengumpul cop (stamp) bagi premis yang dikunjungi sebagai kenangan serta membawa pulang cenderahati yang disediakan pemilik perniagaan terlibat.

"Pasport Jonker Walk berkenaan boleh dibeli pada harga RM5 dan setakat ini terdapat 10 pemain industri terlibat dalam kerjasama ini namun dijangka jumlah berkenaan akan terus meningkat pada fasa kedua pelaksanaan inisiatif ini.

"Pada mulanya memang kita sasarkan hanya untuk pelancong dari China kerana idea itu juga saya dapat ketika melancong ke republik itu tetapi sambutan daripada pelancong tempatan juga sangat menggalakkan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata pasport itu juga turut disasarkan untuk pelancong yang gemar mengumpul cop kerana setiap premis terlibat mempunyai corak atau bentuk menarik.

Katanya bagi fasa pertama, sebanyak 5,000 keping dicetak dan dijual di premis terlibat antaranya Bangunan Jawatankuasa Jonker Walk, Galeri Persababatan Malaysia-China, Jaya Mata Malaysia Knife Gallery, Malaqa Cultural House dan Baba House Melaka.

Gan berkata cetakan bagi fasa kedua akan dilakukan tidak lama lagi memandangkan sambutan menggalakkan khususnya sempena Tahun Melawat Malaysia dan Tahun Melawat Melaka 2026.

 
Back
Top
Log in Register