BTC USD 63,489.3 Gold USD 4,480.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pasar Borong KL dijajah warga asing

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
ne_09.1.jpg

SEBAHAGIAN daripada warga asing yang menjalankan perniagaan menjual sayur di Pasar Borong Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Sudahlah berniaga tanpa permit, sayur-sayuran milik peniaga tempatan di Pasar Borong Kuala Lumpur, Pasar Borong Selayang Lama di sini pun didakwa dicuri oleh warga asing terutamanya dari Myanmar.

Senario itu kini semakin menjadi-jadi sejak tiga bulan lalu dan jumlah warga asing dari Myanmar yang semakin ramai iaitu kira-kira 200 orang menyebabkan mereka semakin naik tocang.

Mereka juga didakwa berlagak samseng hingga ada yang berani mencetuskan pergaduhan sesama sendiri dengan peniaga tempatan.

Malah kejadian pergaduhan sesama mereka sehingga menyebabkan kematian seorang warga Myanmar yang dikenali sebagai Ali di sini pada 6 Jun lalu menjadi bukti sikap keras warga asing terbabit.

Menurut sumber, warga asing tersebut tidak membayar sewa tapak dan bijak mengaut keuntungan atas angin dengan menjual barangan pada harga lebih rendah berbanding harga ditawarkan peniaga tempatan.

"Contohnya, jika sekilogram sayur dijual pada harga RM1 oleh peniaga tempatan, mereka akan menjual pada harga RM0.80 atau bergantung kepada urusan tawar-menawar dengan pemborong.

"Kes kecurian sayur juga kerap berlaku antara pukul 9 sehingga 12 malam terutama kecurian sayur yang mahal pada harga pasaran semasa," kata sumber itu ketika ditemui di sini semalam.
 
Rosak dah malaysia ku
 
rasa2 sapa bawak lepa masuk sini??????????
 
Ok apa. Sebab tu manusia masih wujud hingga ke hari ini.
 
1 hari nanti tak mustahil taraf ekonomi bangla, nepal, myanmar etc sama level ngan org melayu

silap2 beli rumah semi-D kt memana tapi berjiran lak ngan tokey bangla :-SS
 
Jangan salahkan bangsa lain kerana manusia ber evolution ...yang lemah dan malas akan hilang secara perlahan.
 
1 hari nanti tak mustahil taraf ekonomi bangla, nepal, myanmar etc sama level ngan org melayu

silap2 beli rumah semi-D kt memana tapi berjiran lak ngan tokey bangla :-SS

kat tempat aku ada jumpa bangla bukak kedai tudung dan baju.igtkan sebiji tu ja kedai. tapi dlm pasaraya dekat2 dgn kedai dia tu pun ada gak. naik waja.yg kerja melayu kita
 
jangan nanti suatu hari pendatang dibenarkan mengundi dalam PRU sudah laa...
 
dieorang boleh berlagak la sbb dah ader ic ma... :p
 
Back
Top
Log in Register