BTC USD 63,419.5 Gold USD 4,331.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pasangan warga emas maut digilis lori simen

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
simen2.jpg_1466929834.jpg

Mayat suami isteri pasangan warga emas Yusoff Bidin, 73, dan isterinya, Samsiah Hassan, 69, terbaring di bawah lori simen. - Foto Ihsan Pembaca

Bayan Lepas: Seperti kebiasaan, Yusoff Bidin, 73, menunggang motosikal bersama isterinya, Samsiah Hassan, 69, untuk urusan seharian termasuk ke kedai namun hari ini, pasangan warga emas itu tidak bernasib baik apabila maut digilis lori simen di Bayan Baru di sini.

Dalam kejadian 11.20 pagi itu, mereka dalam perjalanan pulang dari Sungai Ara ke rumah mereka di Balik Pulau, dekat sini, selepas membeli tali pinggang Yusoff dan keperluan lain.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Lai Fah Hin berkata, kemalangan berlaku di satu persimpangan lampu isyarat apabila pasangan berkenaan terjatuh ke atas jalan dari motosikal ketika lampu isyarat bertukar hijau menyebabkan mereka dilanggar lori simen berkenaan.

Menurutnya, pasangan suami isteri itu maut di tempat kejadian dan mayat dihantar dan bedah siasat di Hospital Balik Pulau mendapati punca kematian akibat kecederaan parah di badan dan kepala.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana kesalahan memandu dalam keadaan melulu sehingga menyebabkan kematian yang membawa hukuman penjara dan denda.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Trafik Daerah Barat Daya di talian 04-8662222 atau balai polis berhampiran.


13532840_1549440708696568_1914384792037588810_n.jpg

13260152_1549438372030135_8395670305019240489_n.jpg

13516714_1549438285363477_8904235235366620165_n.jpg

13507046_1549438252030147_6500037742748643674_n.jpg


http://www.hmetro.com.my/node/148087
 
Innalillah, Allah ambil mereka berpasangan. semoga bersama jua di syurga nanti..
 
Allah..di bulan mulia ni
 
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
 
Al Fatihah & takziah... betul2 sehidup semati ni.
 
takziah buat keluarga arwah.

biasanya ni jenis drebar tak menyabar..... ijau terus tekan minyak macam nk resing..
 
Back
Top
Log in Register