BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pasangan Kekasih Ditahan Disyaki Curi Barang Kemas Lebih RM19,000

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
ee1d6412cb3c3b4fe03e7ef7640b0cd46380bf3155131


Polis menahan sepasang kekasih di sekitar Johor Bahru selepas disyaki mencuri barang kemas dianggar bernilai RM19,300 di sebuah kedai emas di Endau di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Mersing Supt Abdul Razak Abdullah Sani berkata kedua-dua individu itu yang berusia 28 dan 24 tahun ditahan antara pukul 10 hingga 11.40 malam Jumaat.

"Hasil siasatan ke atas suspek yang dipercayai pasangan kekasih itu, kita telah merampas sebuah kereta dan dua set barangan kemas terbabit untuk siasatan lanjut.

"Kedua-duanya yang tidak bekerja didapati memiliki rekod lampau berkaitan dadah, manakala ujian air kencing pula adalah negatif," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Abdul Razak berkata kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan pasangan terbabit direman selama empat hari bermula semalam.

 
Back
Top
Log in Register