BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pasangan Kekasih Ditahan Disyaki Curi Barangan Kemas Lebih RM100,000

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
8cfe7c2f75e0f8d82b409c322eb9f4b766c35d6f29af2

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim (Gambar fail)

Polis menahan sepasang kekasih di sekitar Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor selepas dipercayai mencuri barangan kemas bernilai RM111,743.55 di sebuah kedai emas di sekitar bandar raya ini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata masing-masing yang berusia 25 dan 23 tahun ditahan pada 3.20 petang, Jumaat lepas dan polis turut berjaya menemukan semula barangan kemas yang disyaki dicuri itu.

“Kedua-duanya yang tidak bekerja didapati tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau. Mereka juga negatif terhadap dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pasangan terbabit kini direman hingga esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Media pada 28 April lepas melaporkan polis sedang mengesan dua warga tempatan dipercayai mencuri  barang kemas bernilai RM111,743.55 di sebuah kedai emas di sekitar bandar raya ini.

Sebelum itu tular rakaman kamera litar tertutup berdurasi 2 minit 26 saat menerusi laman TikTok memaparkan kejadian seorang lelaki dan wanita mencuri rantai tangan dan cincin emas di sebuah kedai emas.

 
Depa nie gila nak kaya

Tapi miskin tak dak keja

Tue nak kaya buat keja lagunie

Kadang manusia nie bila lama susah tak dak keja

Teringin nak kaya pi buat keja lagunie

Kalau rasa betui nak duit sikit

Cara teebaik keja sebulan dua ka di malaysia kumpul buat modal sewa rumah kat jb

Pi la keja kat singapore

Keja kotor keja kecik pun leh gaji besar dari gaji keja sini

Dari mencuri macam nie

Baik keja kat singapore
 
Kalau duk Malaysia harapkan keja ja memang tak kaya

Kena biz

Kena masuk politik

Rakyat bawahan memang susah nak kaya kat Malaysia

Bayangkan nak jual belon tepi jalan pun kena katok bubuh sampai nak patah tulang

Jadi kalau korang frust nak kaya kat malaysia

Paling dekat pi la singapore

Mengadap la keja kotor

Insyaallah leh la senang sikit
 
Back
Top
Log in Register