BTC USD 86,522.6 Gold USD 4,364.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Pasang Wireless Hotspot Percuma Untuk Penduduk Kampung

notepad

Legendary Member
gem
Messages
15,750
Joined
Sep 17, 2011
Messages
15,750
Reaction score
2,180
Points
266
wo-946478.jpeg

Azrin sanggup mengeluarkan duit poket sendiri dengan mendirikan antena bagi membantu meningkatkan capaian internet di Kampung Banggol Pak Esah bagi membolehkan pelajar - pelajar di kawasan itu mengikuti pembelajaran secara dalam dengan lebih mudah.

saya mengambil keputusan mengeluarkan wang sebanyak RM2,500 bagi menyediakan antena ini," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Menurutnya, dia sudah mengemukakan aduan secara berterusan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung masalah itu, namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil.

"Semua 'username' dan 'password' saya telah tampal pada tiang antena itu bagi membolehkan penduduk menggunakan kemudahan itu secara percuma. "Seramai 50 orang boleh menggunakan akses tersebut dalam satu-satu masa," katanya.

Menurutnya, dia menggunakan perkhidmatan jalur lebar yang berkapasiti tinggi untuk memudahkan lebih ramai menikmati kemudahan itu.

aa.jpeg
Adam Darwish (tengah) bersama rakan-rakannya teruja dapat mengikuti pembelajaran secara dalam talian di musim Covid-19 dengan lancar.

a1.jpeg
Mohamad dan isterinya, Rahimah mohamad, 62, menggunakan panggilan video untuk berhubung dengan anak dan cucu sepanjang PKP untuk melepaskan rindu dan mengelakkan kebimbangan mereka.

 
nanti adalah walaun mana datang pemasangan antena adalah haram dan boleh dikenakan denda 100k... tgk la nanti
 
baguih sgt nie...
sok datang la tm pasang unifi
 
korang kena belajar dari bro ini cara setup long range wifi bridge.
fiber - long range wifi bridge - ap - high gain antenna

Peralatan digunakan ada label SIRIM SKMM MCMC tak kacau.
Ini bukan 3G 4G booster
 
SKMM tingkat jaringan internet di Kampung Banggol Pak Esah
HAZELEN LIANA KAMARUDIN | | 22 Januari 2021

948733.jpg

Azrin (tiga dari kanan) bersama Abdul Mubin (kiri) menunjukkan perkhidmatan Unifi Fiber Optik berkelajuan tinggi untuk kemudahan pelajar di Kampung Banggol Pak Esah sepanjang tempoh PdPR berlangsung.

PASIR PUTEH - 'Derita' pelajar di Kampung Banggol Pak Esah, di sini yang berdepan masalah internet untuk mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) susulan pandemik Covid-19 bakal berakhir.


Ia berikutan Suruhajaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan meningkatkan jaringan internet menerusi perkhidmatan Unifi Fiber Optik berkelajuan tinggi untuk kemudahan sepanjang tempoh PdPR berlangsung.

Bukan itu sahaja, pembinaan sebuah menara telekomunikasi sementara cukup menggembirakan penduduk, Azrin Mohamad, 42, yang sebelum ini mengambil inisiatif memasang antena bagi meningkatkan lagi liputan perkhidmatan internet di itu.

Azrin juga berharap penyelesaian segera itu dapat mengelakkan pelajar di kawasan tersebut terlepas sesi PdPR.

"Saya tidak rela anak-anak pelajar di Kampung Banggol Pak Esah tercicir dalam pembelajaran kerana ia amat merugikan mereka. "Terima kasih kepada SKMM Kelantan yang memberi respon membantu menyelesaikan masalah ini," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Terdahulu, Azrin menerima kunjungan dari Pengarah SKMM Kelantan, Abdul Mubin Mohd Zain. Menurutnya, penduduk setempat turut menyambut baik pembinaan menara tersebut.

Menara tersebut difahamkan akan dibina dalam masa terdekat dan dijangka siap dalam tempoh dua bulan.

Azrin berkata, dengan adanya jaringan itu penduduk dapat menikmati perhubungan lebih baik selepas ini.

Sinar Harian 22 Januari lalu melaporkan, seorang penduduk sanggup memasang antena menggunakan duit poket demi membantu pelajar di Kampung Banggol Pak Esah mengikuti PdPR sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


ARTIKEL BERKAITAN: Pasang antena guna duit poket demi pelajar di kampung
 
Idea bagus tp tak lama..
dia xleh nak maintain..

masalah abuse..
masalah bottleneck..
masalah monitoring..
setting VPN siap2 lah, atau pun setting guna ghost IP :D
 
Back
Top
Log in Register