BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Telco Pengguna Unifi Home Broadband Kini Anda Boleh Tebus Akses 6 Bulan Percuma Untuk Unifi Mobile, Tanpa Kontrak

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Telekom Malaysia kini hadir dengan sebuah promosi khusus memfokuskan pelanggan internet Unifi Home sedia ada, dimana melalui promosi baharu ini, TM berikan akses selama 6 bulan secara percuma untuk UNI5G Postpaid 39 atau UNI5G Postpaid 69.

Unifi-6-Bulan-Percuma-950x613.jpg.webp


Pelanggan sedia ada Unifi Home boleh menikmati akses kepada perkhidmatan mudah-alih Unifi Mobile ini secara percuma tanpa sebarang caj tambahan, komitmen atau kontrak. Dengan langkah ini, sekiranya anda menggunakan talian Unifi Home di rumah, boleh mendapatkan talian mudah-alih untuk digunakan selama 6 bulan. TM menawarkan promosi ini sehingga 31 Januari 2025 kelak.

Unifi-Switch-To-Mobile-950x534.jpg.webp


Dibawah UNI5G Postpaid 39, ia hadir dengan data 30GB serta panggilan tanpa had, sementara UNI5G Postpaid 69 pula hadir dengan data 60GB dan panggilan tanpa had. Bagi pelanggan Unifi Home sedia ada, jangan lepaskan peluang dan dapatkan akses percuma selama 6 bulan ini dibawah promosi terbaru TM Unifi.​
 
Back
Top
Log in Register