...
Ibrahim Ali ni sebenarnya puak puak PKR terutama DSAI pun memang tak sukakan dia.Sebab tu dari awal lagi DSAI tak kira kerusi pasir mas tu sebagai PR.Dia memang dah faham sangat siapa ibrahim ali iaitu seorang yang tak da prinsip dan opportunis.
Cuba kita lihat peristiwa sejak beliau kena pecat.
1.Lepas beliau di pecat, beliau di pinggirkan dan beliau cuba nak bebaik dengan PR masa tu.Lepas tu beliau terbang ke German dan melawat DSAI.Ketika itu beliau buat kenyataan mengakui bahawa tuduhan liwat tahun 1998 dulu terhadap DSAI adalah konspirasi sedangkan beliau lah yang paling hebat menjaja cerita bahawa DSAI ni peliwat.
2.Lepas tu beliau gunakan pentas PAS dan PKR untuk raih simpati.Cara beliau cakap pun meniru hujah hujah DSAI.Cuba dengar balik CD ceramah beliau.Beliau lantang mengutuk PAK LAH dan NAJIB serta UMNO.Tapi sekarang semua dah terbalik.Kalau kita tengok setiap apa saja isu yang libat kan pembangkang, beliau tak pernah beri sokongan moral pada PR.Beliau hanya mengutuk saja.Cuba lihat komen beliau dalam kes liwat DSAI terhadap saiful, isu sumpah, isu di perak, isu elizabeth dan macam macam lagi.
3.Beliau sekarang dah rasa seronok kutuk pr kerana dengan mengutuk PR beliau dapat publisiti percuma dengan menerima banyak undangan RTM,TV3, Bernama TV , masuk dalam akhbar.Beliau totally lupa daratan.
4.Baru baru ni beliau kata kononnya bila bertanding dalam pilihanraya, orang pilih berdasarkan individu dan bukan parti semata mata.Kerana menurut beliau, beliau menang di pasir mas kerana personaliti beliau dan bukan kerana tiket PAS.Nampak sangat beliau lupa bahawa beliau telah kalah dua kali kepada calon PAS pada PRU tahun 1999 dan 2004.Malah dalam PRK permatang pasir, beliau hilang deposit dan dapat undi 400 lebih saja.Kalau beliau yakin beliau berpengaruh, beliau harus letak jawatan sebagai MP dan tanding bebas vs PAS.Tengok sapa yang menang.