BTC USD 84,729.0 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

G25 gesa MB N Sembilan letak jawatan

afwan83

Active+ Member
Messages
3,326
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,326
Reaction score
12
Points
25

G25 gesa MB N Sembilan letak jawatan​

f158188d-2f03-436b-8e46-12dc367f7a9c-Ismail-Lasim-angkat-sumpah-270926.jpg

Ismail Lasim menerima watikah pelantikannya sebagai menteri besar Negeri Sembilan daripada Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada 2 Ogos. (Gambar Bernama)

G25 berkata kedudukan Ismail sebagai menteri besar tidak lagi boleh dipertahankan selepas beliau menandatangani proklamasi yang memohon penyingkiran Tuanku Muhriz, diikuti penjelasan bercanggah mengenai dokumen berkenaan.

Kumpulan itu berkata Ismail mengangkat sumpah jawatan dan ikrar taat setia sebagai menteri besar di hadapan Tuanku Muhriz pada 2 Ogos, namun menandatangani proklamasi berkenaan pada hari berikutnya.

“Beliau telah kehilangan kredibilitinya susulan percubaannya untuk menyingkirkan Tuanku Muhriz sebagai pemerintah negeri yang sah, selain sikap tidak tegas dan kegagalannya menjelaskan siapa yang memaksanya menandatangani proklamasi berkenaan, yang beliau sendiri katakan tidak sah dan tidak mempunyai kesan.

“Dan yang sama pentingnya, pada 16 Sept, beliau kemudiannya mengambil pendirian yang bercanggah mengenai ‘kesahihan’ proklamasi tersebut. Susulan semua kelakuan yang tidak boleh diterima ini, beliau telah kehilangan kewibawaan moral untuk memimpin dan mentadbir,” katanya dalam kenyataan.

G25 menambah, gesaan untuk menyingkirkan seorang pemerintah merupakan perbuatan khianat, iaitu jenayah serius yang boleh dihukum penjara sehingga 40 tahun di bawah Seksyen 121B Kanun Keseksaan, selain boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang hasutan.

Ia menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melakukan perbuatan khianat atau hasutan dalam pertikaian melibatkan institusi diraja Negeri Sembilan.

“Kesucian Perlembagaan Persekutuan dan negeri serta kedaulatan undang-undang mesti dipertahankan dengan penuh kewaspadaan. Jika tidak, undang-undang dan ketenteraman akan runtuh secara beransur-ansur, sesuatu yang kini mula kita rasai dan saksikan.”

FMT telah menghubungi pejabat menteri besar untuk mendapatkan komen.

Ismail, yang juga Adun Juasseh, sebelum ini berkata beliau menandatangani proklamasi mengenai penyingkiran Tuanku Muhriz kerana berada di bawah tekanan dan telah membuat laporan polis.

Beliau turut berkata dokumen itu tidak sah kerana tidak mematuhi Perlembagaan Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, seminggu kemudian, pemimpin Umno itu menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh 10 anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco), mengesahkan penyingkiran Tuanku Muhriz sebagai pemerintah.

Sebagai tindak balas, Jabatan Peguam Negara (AGC) berkata menteri besar dan exco Negeri Sembilan tidak mempunyai kuasa untuk menyingkirkan Yang Dipertuan Besar atau mengisytiharkan jawatan itu kosong.

Tuanku Muhriz kemudiannya membatalkan pelantikan 10 anggota exco tersebut.
 
Back
Top
Log in Register