PASIR MAS 4 Mac – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Bachok, Datuk Dr. Awang Adek Hussin mendedahkan sikap Pas yang terus menggunakan mimbar masjid di negeri ini sebagai kempen politik mereka untuk pilihan raya ini.
Kata Timbalan Menteri Kewangan itu, dalam kempen Pas itu, mereka telah menggambarkan Barisan Nasional (BN) seperti tentera bergajah Abrahah yang datang untuk memusnahkan Kaabah iaitu Kelantan yang diperintah oleh parti itu.
Menurut beliau, sindiran dan doa meminta supaya dibinasakan golongan seperti Abrahah itu diucapkan oleh seorang imam semasa menyampaikan khutbah semasa bersembahyang Jumaat di sebuah masjid di Bachok baru-baru ini.
Tambahnya, beliau mempunyai bukti mengenai khutbah imam berkenaan kerana dia mendengarnya sendiri semasa cara kebetulan singgah untuk berjemaah di masjid itu.
‘‘Nama masjid itu tidak perlulah saya sebut. Apabila melihat saya, rasanya imam itu semakin bersemangat dengan mengkategorikan terdapat dua pihak yang bertanding pada pilihan raya iaitu satu yang terpesong dan akan memasuki neraka.
‘‘Manakala satu lagi ialah golongan yang mementingkan kepentingan dunia dan akhirat dan menyamakan golongan terpesong itu seperti Abrahah,’’ katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan manifesto khusus BN peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Pasir di sini hari ini.
Terdahulu dalam ucapannya, Awang yang juga calon Menteri Besar Kelantan jika BN mendapat mandat di negeri ini memberitahu, Pas kini amat terdesak apabila menuduh BN akan membawa masuk pengundi hantu pada saat akhir untuk memenangkan parti mereka
OK apa sebab minta pertolongan Allah s.w.t.Khairy pun kata bila hari kiamat yg tinggal dacing UMNO saja..bulan hancus.Macam mana pulak hukum dia.UMNO ni parti boleh bawak ke akhirat ke...