afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,221
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,221
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
PN guna manifesto BN, tambah 14 tawaran tersendiri
Pengerusi Ahmad Samsuri Mokhtar kata PN mempunyai 14 tawaran di samping menggunakan manifesto BN sebagai manifesto bersama.
Manifesto yang dilancarkan Pengerusi PN Ahmad Samsuri Mokhtar malam tadi merangkumi pentadbiran, belia dan keluarga, ekonomi, kebajikan, pendidikan, dan pekerjaan.
Antara tawaran ialah penerokaan dan pembangunan Pelan Ekonomi Biru Negeri Sembilan, penubuhan Negeri Sembilan Talent Corporation sebagai pusat pembangunan bakal dan kepakaran dalam bidang kecerdasan buatan dan semikonduktor, penyediaan rumah transit untuk graduan dan pasangan baru berkahwin, serta pemberian bantuan kepada isi rumah B40 dan M40 berkomitmen tinggi serta berpendapatan rendah.
PN turut berjanji menyediakan menyalurkan dana sokongan khas kebajikan dan hal ehwal bukan Islam.
Dalam bidang pendidikan, gabungan itu bercadang menaik taraf Kolej Yayasan Negeri Sembilan yang berteraskan TVET, pendidikan gunaan, penyelidikan industri dan inovasi.
PRN Negeri Sembilan menyaksikan BN bertanding di 25 kerusi manakala PN 11 susulan persefahaman antara dua gabungan itu.
BN semalam melancarkan manifesto dengan janji menarik pelaburan sebanyak RM30 bilion dan mewujudkan 50,000 peluang pekerjaan dalam tempoh lima tahun sekiranya membentuk kerajaan negeri yang baharu.
Bersatu, walaupun merupakan anggota PN, bertanding secara berasingan. Parti itu turut melancarkan manifesto tersendiri malam tadi.