BTC USD 83,837.0 Gold USD 4,170.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PAS bukan PARIA

kalau br main isu perkauman, lajuu je kena isa..
ko ni hari buat, ok jer !
:mad:
 
baru seminggu BA pegang dah kecoh....
BN pegang dah 50thn , kecoh sikit,,,tangkap masuk ISA...:o
 
Umno ulangi senario 1967, pelawa PAS sertai BN atas alasan bangsa
Basiron Abdul Wahab
Fri | Mar 14, 08 | 4:03:10 pm MYT

BERA 14 March (Hrkh) - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman berkata, situasi sekarang seolah-olah mengulangi senario 1969 apabila Perikatan (kini Barisan Nasional) tewas di negeri Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kelantan.

Katanya, Umno cuba memainkan isu perkauman sempit yang digunakan dahulu sehingga PAS bersetuju menyertai kerajaan campuran dan akhirnya membentuk Barisan Nasional (BN).

"Stretegi sama mula dimain Umno kini, pemimpin mereka cuba mendekati PAS dengan memainan sentimen Melayu kononya demi survivasl bangsa, agama dan sebagainya.

"Jangan terkejut jika dihubungi oleh orang-orang Umno mengajak untuk bertemu dan berbincang atau mengajak bersatu di bawah Umno," ujarnya ketika berucap pada majlis kesyukuran petugas BA kawasan Bera di Darul Ikhwan dekat sini.

Menurut Mazlan, pemimpin Unmo itulah yang suatu masa dahulu mensabotaj ahli PAS di kampung-kampung, menafikan hak untuk mendapatkan subsidi baja, hak untuk mendapatkan saham Felcra, tanah dan sebagainya, mereka itu mungkin akan menangis ketika bertemu bagi menunjukkan betapa perlunya PAS bersama Umno.

Itu semua kata, Mazlan adalah usaha terdesak Umno ketika berada dalam "kritikal" serta sedang mengerakkan usaha memujuk ahli-ahli bersatu di dalam Umno, sama seperti senario 1969 dahulu apabila Tun Abdul Razak menyediakan helikopter untuk mengambil Presiden PAS, Dato’ Asri Haji Muda untuk bertemunya.

Mazlan menegaskan, ahli PAS perlu tegas menolak pelawaan bersatu di bawah Umno. Ini kerana PAS mendapat mandat rakyat, mereka mengundi PAS mengapa pula perlu bersatu di dalam Umno, sepatutnya Umnolah yang menyertai PAS.

"Buat apa bersatu di bawah Umno yang bakal dilupuskan, sepatutnya orang Umnolah yang menyertai PAS, bersatu di dalam PAS," tegasnya.

Katanya, perkara itu telah diputuskan oleh pimpinan PAS baru-baru ini, bahawa PAS tidak akan melayan pelawaan Umno.

Pengalaman (1969) membukti Umno hanya memerlukan PAS semasa parti mereka sedang 'nazak' apabila Umno kukuh, PAS ditendang keluar daripada BN atas alasan cuba mengembangkan pengaruhnya di Johor.

"Umno perlukan kawan semasa susah, apabila kuat mereka lupa kawan dan tendang PAS keluar dari BN pada tahun 1978," katanya.

Difahamkan di kampung-kampung, pemimpin Umno merupakan hero, merekalah yang mensabotaj dan mencadangkan kepada pihak berkuasa supaya menyahkan orang PAS daripada mendapat subsidi baja serta bantuan kerajaan lainnya.

Malah, imam-imam yang disyaki menyokong PAS turut dibuang malah tiada ahli PAS dicalonkan untuk menduduki Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan sebagainya.

Menurut Mazlan, Umno semakin tidak releven, parti itu dikuasai oleh pemimpin korup yang tamak, membolot kekayaan negara tanpa mempedulikan nasib rakyat.

Apa yang perlu PAS buat kini ialah memperkuatkan organisasi bagi menerima penghijrahan beramai-ramai ahli Umno ke dalam PAS tidak lama lagi.

"Senario ini akan berlaku tidak lama lagi dan PAS serta rakan –rakan BA mesti bersedia," ujarnya.

Pada pilihan raya 8 Mac lalu, Mazlan bertanding kerusi Parlimen Bera. Beliau tewas kepada Dato' Ismail Sabri dengan majoriti 3,821 undi.

Bagaimanapun beliau berjaya mengurangkan majoriti lebih 1000 undi berbanding pilihan raya 2004 lalu. - mns
 
zaman dulu cuma ada tv ngan radio jer..
senang la gebang !
sekarang sumer dah ada akal !

orang umno pun dah ada akal dah !
mat rempit pun ada akal !
tak caya, tengok poseter ! :D
 

Attachments

  • 79.9 KB Views: 105
ini suma kerja org gila punya la...yg bukak thread ni pon naik gila2..haha
 
dr sblm pilihanraya lg aku dok tgk penyokong AMNO-bEND nih dok melalak....
ko tulis la ape2 kat cni....
KAMI TETAP TEGUH BERSAMA PEMIMPIN YG MENTABDIR BERLANDASKAN ISLAM...

tentang pakatan bersama DAP tu...bg la diorg pluang tadbir...
asalkan segala gerak kerja diorg x memusuhi ISLAM....
so why not terima ape yg baik...
kalo ade silap sikit tu biase la.....
sume manusia x sempurna...
 
...amno ibarat musang berbulu ayam...
.. musang yg cuba nak memerangkap ayam.... dgn membakar isu perkauman..

PAS pun bukan baru dalam permainan politik busuk dan haprak amno....
klau amno nak PAS bersatu ..
Perjuangkan Islam dan laksanakan HUDUD...
Mesti ada niat utk melaksanakan syariat Islam...
Tubuhkan majlis syura di kalangan ulamak dan pakar lulusan Undang2 Islam...

Kalau ikhlas mesti PAS tiada sebab utk tolak amno...
 
excerpts from Raja Petra Kamarudin of malaysia-today.
betul ke ni?

In Selangor, Hassan Ali engaged in secret negotiations with Khir Toyo to explore the possibility of PAS forming an alliance with Umno to jointly rule the state. This alliance would of course exclude PKR and DAP who were going to be Menteri Besar and Deputy Menteri Besar respectively. The delay in forming the state government due to the disagreements and the DAP infighting about who should be the Deputy Menteri Besar meant that this would give Hassan and Khir time to come to an agreement. But they could not come to an agreement because both Hassan and Khir wanted to be Menteri Besar and none would back down in favour of the other.
 
...amno ibarat musang berbulu ayam...
.. musang yg cuba nak memerangkap ayam.... dgn membakar isu perkauman..

PAS pun bukan baru dalam permainan politik busuk dan haprak amno....
klau amno nak PAS bersatu ..
Perjuangkan Islam dan laksanakan HUDUD...
Mesti ada niat utk melaksanakan syariat Islam...
Tubuhkan majlis syura di kalangan ulamak dan pakar lulusan Undang2 Islam...

Kalau ikhlas mesti PAS tiada sebab utk tolak amno...

btol tu bro....
kalo perjuangan AMNO sama seperti PAS....
ingin melaksanakan syariat ISLAM dan HUKUM HUDUD....
aku percaya semua org melayu ISLAM akan bersatu...
 
Back
Top
Log in Register