kuhik
CG Top Poster Club

- Messages
- 39,519
Paid Membership
- Joined
- Jun 12, 2007
- Messages
- 39,519
- Reaction score
- 1,312
- Points
- 191
kalaulah umno tunduk kepada MCA/gerakan, takdelah undi cina swing kepada DAP kali ni...
Lim Kit siang pernah kata dlm ceramah, MCA/Gerakan are running dogs for umno.
umno memang bagi kerusi kabinet dan exco kepd kaum negara lain, tapi mengikut KOMPOSISI KAUM, bukan macam kerajaan campuran di Perak, melayu hanya berapa kerat je dlm exco.dap dah conquer 6kerusi.PKr 3 kerusi pun belum tentu semua MELAYU ISLAM.
Yg second paragraph tu kau ada bukti ke?
tapi apa yg aku tahu daripada sejarah, DAP adalah pecahan kepada PAP di singapura..
tepuk dada tanya selera.
aku peliklah dgn org pas ni,sanggup bekerjasama dgn DAp yg konfirm kafir,menolak Islam secara total. MCA/GErakan lebih rasional daripada pendirian DAP.Walaupun umno korang kata jahat sekalipun,at least mereka seagama, sesyahadah dgn kita. Kenapa perlu bergaduh sesama agama?
PAS sanggup tolak bangsa seagama yg ingin bekerjasama, semata2 nak bersengkokol dgn cina chaunivistic,mungkin bukan semua tapi setakat ini pendirian limkitsiang and sons kelihatan ke arah itu...
daripada sejarah juga kita bleh citer pasal pembatalan jambatan bengkok? kes air ke Singapura? dan juga penjualan tanah rezab Melayu johor kepada cina Singapura?
walaupun UMNO sesyahadah, tapi merekalah Islam yang menolak Hukum Allah dan Rasul-Nya. Mereka ada kuasa, tapi mereka tidak laksanakannya. pergaduhan PAS dan UMNO bukan atas dasar kezaliman yang terkini, tapi kerana UMNO menzalimi hukum Allah. dan perjuangan PAS menentang kezaliman UMNO ni sudah bermula sejak dulu lagik.
tak perlu nak timbulkan isu perkauman kat sini. tapi memang keje UMNO dah menimbulkan isu perkauman sebab UMNO adalah satu parti perkauman.
selain daripada kezaliman menentang hukum Allah yang dilakukan oleh UMNO, UMNO juga melakukan kezaliman kepada rakyat Malaysia. bukti-bukti korupnya UMNO sudah banyak dipostkan kat CG nie. samada nko tak baca atau taknak baca itu memang kitorang dah agak dah.
so, untuk menentang UMNO yang ada kuasa tapi zalim ni, berpakat dengan DAP adalah dibenarkan. kita boleh ambil dalil Nabi juga pernah bekerjasama dengan satu kaum Yahudi di Madinah dalam peperangan Khandak untuk mempertahankan Madinah dari serangan Parti United Musyrikin National Organization dari Makkah yang diketuai oleh Abu Sufyan. dalam bab menentang kezaliman, rasanya ia tak perlu menjadi isu samada sesapa sahaja walaupun ianya adalah DAP atau Yahudi sekalipun.
kalau kamu buta sejarah Nabi, adalah lebih baik kalau kamu pergi dengar kuliah maghrib di Masjid yang berdekatan dengan rumah kamu. jangan dok ngadap PC main forex je dan timbulkan isu perkauman kat sini...