BTC USD 83,408.7 Gold USD 4,087.59
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pantau forex di Internet

adeh ape la yg dorg tak puas ati dgn trader2 bilis macam kita ni????
 
trade je lah bos. sampai majlis fatwa kuar kat tv dan paper kata haram, masa tuh kompom la haram. toksah le kita was-was
 
trade je lah bos. sampai majlis fatwa kuar kat tv dan paper kata haram, masa tuh kompom la haram. toksah le kita was-was

tapi ramai trader kat luar sana hati tak teguh, was2 aje. macam mane tu? kalau was2 dah termasuk dalam hukum ape pulak? hmm.
 
takyah lah duk kacau org duk cari rezeki dgn fx ni, baik p kacau bank2 yg terang2 duk bg riba tu, tak brani pulak.
kedai judi no ekor makin berlambak2 tak kacau pun.

nnt depa kata yg tu berlesen ~X(
 
semua ni taktik nk makan cukai hasil forex je nih.... ~X(:(scam
 
saje je ni..kasik panas cket...ilang la cerita ni xlama lagi...
 

Hasil daripada pembentangan kedua-dua kumpulan itu telah membangkitkan beberapa isu penting yang menyebabkan aktiviti tersebut tidak dibenarkan dari segi hukum syarak kerana terdapat unsur-unsur riba dan perjudian yang jelas dilarang dalam Islam.

Muzakarah oleh kumpulan pertama itu membincangkan mengenai perdagangan matawang individu secara lani (individual spot forex) yang dijalankan melalui platform Internet.

Lalu isu syariah yang timbul daripada spot forex itu apabila diperincikan kepada syarat-syarat jual beli matawang asing antaranya pinjaman (leverage atau qard), caj broker (rollover interest), penerimaan (Qabd), menjual matawang yang tiada dalam pegangan dan spekulasi yang melibatkan perjudian ternyata ia tidak mengikut landasan syarak yang telah digariskan berhubung jual beli matawang (bay' al-Sarf).

Di dalam feqah (ilmu yang menerangkan segala hukum syarak yang diambil daripada Al-Quran dan Sunnah Rasululllah s.a.w.), ia meletakkan syarat akad jual beli lain tidak boleh disekalikan dengan akad pinjaman. Ia dikenali dengan permasalahan 'bayn wa salaf' iaitu jual beli berserta dengan pinjaman.

Dalam masa sama, didapati juga urusniaga tersebut mengandungi unsur perjudian apabila ia secara jelas bergantung kepada turun naik harga atau angka yang ternyata dilarang oleh syarak.

Melalui perbincangan ilmiah itu kesedaran mengenai bahaya perniagaan yang mempunyai unsur-unsur riba adalah untuk menjaga kemaslahatan umat Islam daripada memperoleh sumber rezeki yang meragukan dan bukannya berdasarkan perasaan iri hati atau pun mempunyai kepentingan peribadi.


petikan dari : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0611&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm
 

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.11731
USD / JPY
158.207
GBP / USD
1.32026
USD / CHF
0.83363
USD / CAD
1.42712
EUR / JPY
176.765
AUD / USD
0.69505
Back
Top
Log in Register