BTC USD 84,537.3 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pantau forex di Internet

tilong77

Active Member
Messages
1,190
Joined
Jan 28, 2009
Messages
1,190
Reaction score
22
Points
25
PUTRAJAYA: Muzakarah Ahli Majlis Penasihat Syariah Institusi Kewangan di Malaysia mendesak kerajaan bertindak tegas terhadap pedagang mata wang yang tidak diberi kuasa termasuk pemain dan broker forex (urus niaga mata wang asing) melalui Internet.

Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Mohamad Saari berkata, penguat kuasaan itu boleh mengelakkan penindasan dan penyelewengan broker ke atas peserta forex.


Menurutnya, tindakan tegas itu juga dapat mengelakkan masyarakat daripada terjebak dalam aktiviti kewangan tanpa pengawalan pihak berkuasa.

“Muzakarah mencadangkan kerajaan dapat melakukan pemantauan terhadap operasi ‘spot forex’ secara individu melalui kaedah elektronik dari semasa ke semasa dan memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai larangan kerajaan.


“Keperluan tindakan ini bagi mengelakkan masyarakat terjebak dalam transaksi yang tidak diharuskan syarak dan undang-undang,” katanya, ketika mengumumkan keputusan muzakarah itu, di sini, semalam.


Muzakarah itu disertai pengamal kewangan Islam, termasuk ahli akademik, penasihat syariah dan wakil industri daripada pelbagai institusi.

Mohamad Saari berkata, melalui muzakarah itu, jual beli mata wang diputuskan harus di sisi syarak.


Namun katanya, ia perlu mematuhi ketetapan tertentu, selain mengelakkan unsur kesamaran, riba, tipu daya, qabd (pindah milik) yang tidak jelas dan gharar (risiko bahaya) dalam operasi spot forex secara individu melalui platform elektronik.

“Muzakarah mencadangkan perkara ini diperhalusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan jawatankuasa fatwa negeri mengenai keharusan amalannya di kalangan umat Islam,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/articles/PantauforexdiInternet/Article/
 
so kesimpulannya apa?
nak banned forex dari mesia ker?
ramai trader yg mengamok nnt
:((:((
 
Last edited:
byk pulak dh kuar berita2 cmni..ni msti sbb byk kes scam ~X(
 
lepas adalah yg masuk cakap org tabur pasir kat periuk nasi dia...:eek::eek::eek:
 
memang mengamuklah forex trader ni nanti...
 
korang lupa nak sedekah kat mesjid kut..sebab tu diorang panas...cube2 penuhkan tabung mesjid..hahaha..tulis satu check Rm1juta dari pada broker insta, hotforex, ikofx..senyap la.hahah
 
takyah lah duk kacau org duk cari rezeki dgn fx ni, baik p kacau bank2 yg terang2 duk bg riba tu, tak brani pulak.
kedai judi no ekor makin berlambak2 tak kacau pun.
 

Latest Posts

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.12575
USD / JPY
157.835
GBP / USD
1.32430
USD / CHF
0.82855
USD / CAD
1.42465
EUR / JPY
177.683
AUD / USD
0.69430
Back
Top
Log in Register