BTC USD 60,548.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pantang Makan..???

Tora.jpg

Ni pon aku x makan dah..hehe
 
anak aku kne pantang kacang paran seumur hidup dia sbb dia G6PD.
ekceli byk lg dia kne pantang tp bukan makananla
 
Pantang? Makan? aku selagi halal mekanan apa pun pantang juga...PANTANG JUMPA

sama la ni boss...ak sume bleh masuk...asalkan halal...:)):))
 
G6PD?? Penyakit pe tuh?:-?

G6PD penyakit kurang enzim

'GLUCOSE 6 Phosphate Dehydrogenase deficiency' atau lebih dikenali sebagai G6PD adalah sejenis penyakit yang kerap berlaku. Dianggarkan 400 juta penduduk dunia mengalami masalah itu. G6PD sejenis penyakit yang dikaitkan dengan kromosom X, justeru masalah ini lazimnya berlaku kepada lelaki.
Dalam kes G6PD, enzim penting untuk melindungi sel darah merah pecah disebabkan proses oksidasi (proses menghasilkan oksigen dengan menggabungkan oksigen atau menyingkirkan hidrogen).
Justeru, kekurangan enzim berkenaan menyebabkan sel darah merah mudah pecah. Tahap keseriusan penyakit G6PD ini bergantung kepada tahap kekurangan enzim itu.

Bagaimana masalah ini dikesan?

Penyakit ini dapat dikesan melalui ujian darah sebaik saja seorang bayi itu dilahirkan. Ujian darah itu akan mengesan keberkesanan enzim berkenaan. Melakukan ujian darah sebaik saja dilahirkan sudah diamalkan di Malaysia sejak sekian lama. Ini kerana masalah G6PD kerap berlaku di Malaysia dan boleh menyebabkan masalah di kalangan bayi baru lahir.
Antara masalah yang mungkin timbul di kalangan bayi baru lahir adalah jaundis. Disebabkan kekurangan enzim itu, sel darah merah bayi mudah pecah. Ini menghasilkan kandungan bilirubin yang tinggi.
Kandungan bilirubin yang terlalu tinggi boleh menyebabkan keadaan toksik kepada otak. Jika tidak diubati boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi.

Oleh kerana kemungkinan masalah besar yang mungkin timbul kepada bayi yang mengalami G6PD, kebanyakan institusi perubatan akan menahan bayi berkenaan di wad sekurang-kurangnya lima hari sebelum dibenarkan pulang.
Selain itu, bayi G6PD ini juga boleh berhadapan keadaan dinamakan “acute hemolysis”, iaitu keadaan wujudnya sel darah merah pecah pada kuantiti terlalu banyak. Ini menyebabkan bayi itu berasa penat dan kelihatan pucat dengan tiba tiba. Simptom lain yang mungkin dialami adalah sakit perut, jaundis, kencing bertukar berwarna gelap dan sakit pinggang.

Keadaan ini berlaku disebabkan jangkitan, memakan kacang parang jenis “fava beans” ataupun memakan ubatan yang boleh meninggikan proses oksidasi. Bukan semua jenis jangkitan akan menyebabkan masalah itu. Sebaliknya jangkitan yang selalu dikaitkan dengan acute hemolysis adalah jangkitan oleh bakteria.
Banyak ubat-ubatan yang tidak dapat diambil oleh mereka yang mengalami masalah G6PD. Senarai ubatan ini panjang dan apa yang perlu dilakukan adalah selalu memberitahu doktor yang merawat anak mengenai masalah anak anda yang mengalami G6PD. Ini dapat mengelakkan mereka menggunakan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan komplikasi.

Di antara ubat-ubatan yang boleh membawa komplikasi

Ubat-ubatan penyakit malaria dan antibiotik yang mengandungi kandungan sulfur. Selain daripada ubat, kacang parang jenis “fava beans “ juga boleh menyebabkan oksidasi sel darah merah. Selain itu juga komplikasi G6PD juga dikaitkan dengan penggunaan ubat serangga.

Rawatan

Cara rawatan yang utama adalah mengelakkan daripada perkara yang boleh menyebabkan acute hemolysis seperti yang dinyatakan di atas. Kadangkala sel darah merah yang pecah secara keterlaluan menyebabkan bayi itu pucat. Ini mungkin memerlukan pemindahan darah. Perlu diingatkan juga, masalah G6PD ini disebabkan kekurangan penghasilan enzim dan ini adalah masalah yang akan kekal buat selamanya.

aku pn sbnrnya bru tahu psl g6pd tu. sbb ank aku bru lahir bln 10 aritu yg kne ni.sblm ni x pnh tahu...aku pn terpinga2 gak nape ank aku kne tahan lama sgt kat wad.doc duk sebut g6pd tp dorg masa tu x terangkan lg ape kebenda g6pd tuh.lps dorg terangkan bru la aku phm
 
aku nyer......
1. buaya
2. kera/beruk/org utan
3. ikan patin
4. ular sawa

yg lain2........ngap trus.......sumer masuk.......
 
X de ubat ke bro? Brp lama blh baik x?
 
Nape Patin? Rugi lorr..
Aku lak yang no 4 je x mkan. Yang lain aku mkn Lidah Buaya & Telinga Beruk jer..:D:D:D
 
X de ubat ke bro? Brp lama blh baik x?

takde ubat.dia sbnarnya bukan bahaya. cuma kne ingatkan diri kita n sesape yg jaga dia dgn benda2 yg dia kne pantang.contoh cam smua jenis ubat nyamuk, nila, n sesetngah ubat. bila dh besar kne ingt kan dia plak

masa dia lahir aritu kena tahan kat wad 5 hari start dr dia kuar.darah kne amik tiap2 ari smpai la ari ke 5 sbb nk tgk kuning dia.duk bawah lampu.klu dh besar xtahu la aku camne lak rawatan dia..
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register