BTC USD 63,592.8 Gold USD 4,461.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Panik tengok api dalam bilik

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


KUANTAN – Seorang suri rumah hanya mampu meminta tolong jiran dan rakan terdekat memadamkan api yang marak membakar rumahnya selepas menyedari api berkenaan di ruang bilik tengah rumah itu.

Rosmini Mohd Fadzil, 43, berkata, dia menyedari kepulan asap dari ruang bilik anaknya ketika mahu mendapatkan dua kanak-kanak di bawah jagaannya yang bermain di bilik bersebelahan.

Katanya, sebelum kejadian dia membuka televisyen untuk mengetahui berita terkini mengenai kejadian di Lahad Datu.

“Sebaik melalui bilik tengah, saya lihat api sudah membakar ruang itu. Saya panik dan tidak mampu berbuat apa-apa kecuali menarik dua anak berkenaan keluar dan meminta tolong jiran memadamkan api,” katanya.

Katanya, selepas itu dia terus rebah di rumah jiran berhadapan rumahnya dan hanya mampu melihat api marak tanpa dapat menyelamatkan dokumen penting dan perabot.

Rosmini berkata, sebelum api marak, dia cuba masuk untuk mengambil dokumen penting tetapi terpaksa menghentikan niatnya kerana sebahagian besar ruang rumah dijilat api tetapi sempat menghubungi suaminya yang keluar sepuluh minit sebelum kejadian.

Menurutnya, dia dan keluarga tinggal di rumah itu kira-kira 12 tahun lalu dan tidak menyangka kejadian itu memusnahkan semua barang dan perabot mengakibatkan mereka tinggal sehelai sepinggang.

“Semuanya musnah dalam sekelip mata. Tiada apa lagi yang tinggal,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, mereka sekeluarga mendapat simpati jiran yang membenarkan tinggal sementara di sebuah rumah berdekatan Suaminya, Redzuan Uyop, 45, berkata, dia yang keluar untuk ke kedai berhampiran menerima panggilan daripada jirannya yang memaklumkan kejadian itu.

Katanya, sebaik sahaja tiba di rumah, semuanya sudah hangus dan tidak sempat menyelamatkan peralatan rumah.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Bomba dan Penyelamat Pahang, Anuar Hassan berkata, bomba menerima panggilan sepuluh minit selepas kejadian dan berjaya memadamkan kebakaran pada jam 2.47 petang.

“Tiga jentera bomba bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan. Kita masih menyiasat punca kejadian dan kerugian yang dialami mangsa,” katanya.

Mangsa kebakaran, pasangan suami isteri, Redzuan Uyop dan Rosmini Mohd Fadzil menerima lawatan Ketua wanita umno bahagian Kuantan, Datuk Zaiton Mat yang bersama empat ahli lain.

Mereka menyampaikan pakaian terpakai dan sumbangan peribadi bagi meringankan beban keluarga itu.

Pasangan suami isteri yang mempunyai empat anak termasuk dua yang masih bersekolah itu gembira kerana mendapat perhatian daripada rakan dan jiran yang turut membantu mengurangkan beban.

Sementara itu, Zaiton berkata, mereka menerima maklumat mengenai kebakaran itu selepas selesai melakukan solat hajat berjemaah untuk keselamatan negara dan anggota keselamatan di Lahad Datu, Sabah.

“Kita bersimpati dengan kejadian malang yang menimpa mereka,” katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/panik-tengok-api-dalam-bilik-1.137141
 
Anggap ini satu dugaan hidup dariNya... syukur sebab takde sapa yang cedera dan tiada yang terkorban...

Luqmanul Hakim @ CariGold.com
 
Back
Top
Log in Register