BTC USD 86,230.3 Gold USD 4,321.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita selamba masak mi segera dalam kereta api

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,386
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,386
Reaction score
346
Points
141
geli-mi-segera.jpeg

Tangkap layar video menunjukkan wanita itu memasak mi segera menggunakan periuk elektrik di dalam kereta api. - Instagram

JAKARTA – Seorang penumpang wanita di Indonesia menerima kecaman orang ramai selepas merakam dirinya memasak mi segera menggunakan periuk elektrik di dalam kereta api, lapor portal berita Tribunnews.

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @pikiranrakyat menunjukkan wanita bernama Murhani Purba itu memasak mi segera dengan santai di tempat duduknya.

Dia turut meletakkan sos cili yang dibawa dari rumah ke dalam makanannya.

Rakaman itu mencatatkan lebih 52,500 tontonan dan menimbulkan kemarahan ramai pengguna media sosial.

“Merakam dan menyiarkan kebodohan sendiri dengan bangga,” kata seorang netizen.

“Dalam kereta api ada jual mi segera,” kata pengguna media sosial lain.

Selepas klip video itu tular, Murhani tampil memohon maaf dan mengakui tidak tahu bahawa memasak di dalam kereta api adalah dilarang. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register