BTC USD 62,626.1 Gold USD 4,442.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pangkalan Data T-Mobile Di Godam

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
Pangkalan Data T-Mobile Digodam – Maklumat Peribadi 100 Juta Pengguna Dijual Di Arena Web Gelap;

Kes-kes godaman terhadap syarikat-syarikat telekomunikasi bukanlah sesuatu yang baru. Syarikat-syarikat ini secara ringkasnya memegang maklumat peribadi berpuluh, jika tidak beratus juta pengguna di negara-negara yang mereka beroperasi, dan sesiapa yang mahukan maklumat peribadi ini akan cuba untuk menggodam mereka untuk mendapatkan maklumat tersebut.

Demikianlah yang berlaku kepada syarikat telekomunikasi Amerika Syarikat, T-Mobile yang baru-baru ini telah mengesahkan bahawa pangkalan data mereka telah digodam baru-baru ini, dan sehingga 100 juta butiran peribadi pelanggan mereka telah dicuri. Perkara ini dilaporkan oleh Motherboard yang mana mereka juga mengesahkan bahawa data pengguna ini telahpun mula dijual di arena web gelap (dark web) yang mana butiran peribadi seperti nombor keselamatan sosial, nombor telefon, nombor IMEI peranti, alamat rumah, alamat emel, dan butiran lesen memandu dapat dilihat.

Ia turut disahkan bahawa penggodam yang mendapatkan data pengguna ini sedang cuba untuk menjual butiran peribadi 30 juta pengguna untuk 6 Bitcoin di arena web gelap, dan ini menunjukkan betapa banyak butiran yang telah dicuri oleh mereka.

T-Mobile mengatakan bahawa mereka telahpun memperbaiki kerentanan yang menyebabkan kecurian data pengguna tersebut, dan sedang dalam proses untuk mengemaskini sistem mereka supaya perkara sama tidak berulang lagi. Mereka juga mencadangkan supaya para pengguna T-Mobile untuk menukar kata laluan akaun mereka untuk memastikan maklumat mereka selamat.

Walaupun begitu, setakat ini ia masih tidak diketahui bagaimanakah T-Mobile bercadang untuk memadamkan data pelanggan yang telahpun berlegar di arena web gelap sehingga kini.​

1629185377550.png
 
1 je la aku nak ckpkan. Ini booooo.doooh.. sim mobile je pon tapi detail byk plak minta

butiran peribadi seperti nombor keselamatan sosial, nombor telefon, nombor IMEI peranti, alamat rumah, alamat emel, dan butiran lesen memandu dapat dilihat.

Benda x penting patut amik nama gan email je la.. ni semua nak mtk bungok la
 
1 je la aku nak ckpkan. Ini booooo.doooh.. sim mobile je pon tapi detail byk plak minta

butiran peribadi seperti nombor keselamatan sosial, nombor telefon, nombor IMEI peranti, alamat rumah, alamat emel, dan butiran lesen memandu dapat dilihat.

Benda x penting patut amik nama gan email je la.. ni semua nak mtk bungok la
Biasa lah tu... Ade la tu side income lain selain jual service telekomunikasi...

Org sanggup bayar mahal untuk super targeted ads.. Tengok la fb ads tu sudah...
 
T-Mobile Sahkan 47 Juta Maklumat Peribadi Pelanggan Mereka Di Curi Akibat Serangan Godaman

Beberapa hari lalu kami telah melaporkan bahawa pangkalan data T-Mobile telah digodam dan sehingga 100 juta butiran peribadi pelanggan syarikat telekomunikasi Amerika Syarikat tersebut telah dijual di arena web gelap.

Mereka akhirnya telah mengeluarkan kenyataan rasmi dan mengesahkan bahawa sekitar 47 juta butiran peribadi pelanggan semasa, bekas dan bakal pelanggan telah dicuri oleh penggodam. Pecahan ini terdiri daripada 40 juta butiran bekas pelanggan dan mereka yang bukan pelanggan, tetapi telah memberikan butiran peribadi kepada T-Mobile dan berminat mahu menjadi pelanggan mereka. Ia juga dianggarkan bahawa sekitar 7.8 juta pelanggan pasca-bayar T-Mobile terkesan akibat godaman ini.

Seperti yang dikatakan sebelum ini, diantara butiran yang dicuri oleh pihak penggodam termasuklah nama, alamat rumah, nombor keselamatan sosial, tarikh lahir, nombor IMEI peranti dan alamat emel. T-Mobile turut mengesahkan bahawa untuk para pelanggan mereka, butiran nombor PIN dan kad kredit tidak tertiris akibat serangan ini.

Walaupun begitu, T-Mobile turut mengesahkan bahawa sekitar 830,000 pelanggan pra-bayar mereka juga terkesan kerana godaman ini, dan kes melibatkan mereka lebih teruk kerana nombor PIN akaun mereka turut tertiris. T-Mobile telah menetapkan semula butiran ini, dan meminta untuk para pelanggan ini supaya menetapkan semula angka PIN mereka.

Untuk melegakan keadaan, T-Mobile berkata mereka akan menawarkan program perlindungan identiti selama dua tahun untuk semua pelanggan mereka yang terkesan akibat serangan ini, dan menjanjikan perkhidmatan pelanggan yang akan membantu mereka menjawab sebarang pertanyaan yang mereka ada tentang isu ini.

T-Mobile turut menidakkan kenyataan bahawa 100 juta akaun pelanggan mereka telah digodam. Walaupun begitu, ia perlu diingatkan bahawa pihak penggodam yang menjual data pengguna ini mengatakan bahawa mereka hanya menjual sebahagian daripada maklumat pangkalan data yang digodam mereka, jadi terdapat kemungkinan bahawa ada diantara pelanggan T-Mobile yang masih tidak mengetahui samada butiran peribadi mereka telah dicuri.

Sumber asal https://www.bloomberg.com/news/arti...-40-million-customer-records-affected-in-hack
 
kat darkweb data FB dengan Clubhouse orang jual $1000 je
 
Back
Top
Log in Register