glyceraldehyde
Active Member
- Messages
- 1,597
- Joined
- Oct 19, 2008
- Messages
- 1,597
- Reaction score
- 113
- Points
- 33
Benarkah wujud penjelajah masa? Satu masa dahulu dunia digemparkan dengan kehadiran seorang lelaki di forum-forum terbuka di internet yang mendakwa dirinya datang dari masa hadapan. Malah dia juga telah meramalkan banyak perkara-perkara yang belum lagi terjadi pada masa itu. Selain itu dia juga menunjukkan gambar mesen waktunya yang didakwa dinaikkinya untuk sampai ke zaman ini.
Hari ini kita digemparkan lagi dengan kisah penjelajah waktu. Namun kisah penjelajah waktu kali ini tidak dapat didampingi dan ditemubual secara langsung, sebaliknya hanya dapat dikesan kewujudannya secara tidak langsung di dalam sebuah filem bisu lama lakonan charlie Chaplin.
Di dalam video bisu tahun 1928 lakonan Charli Chaplin kelihatan seorang wanita sedang berjalan bercakap menggunakan telefon mudah alihnya. Imej wanita menggunakan telefon bimbit sambil berjalan di sebuah kota bukanlah sesuatu yang menghairankan pada masa ini, namun ia menjadi sesuatu yang pelik apabila imej itu dirakamkan pada tahun 1928 kerana pada masa itu jangankan telefon bimbit, telefon rumah juga baru lagi dicipta oleh Alexander Graham Bell yang hidup dari 3 Mac 1847 sehingga 2 Ogos 1922
Kisah wanita "si penjelajah masa" ini mendapat liputan meluas di semua akhbar seluruh dunia. Ia juga menjadi salah satu topik perbualan dan perdebatan hangat di pelbagai forum-forum terkemuka antarabangsa. Berikut video yang merakamkan kewujudan "penjelajah masa tersebut".
Source: Penjelajah Masa Ditemui
Hahaha berita panas
)