penhitam
Active Member
- Messages
- 2,062
- Joined
- Mar 26, 2008
- Messages
- 2,062
- Reaction score
- 76
- Points
- 40
Assalamualaikum rakan-rakan salamfone.
Dukacitanya ingin kami memaklumkan yang perkhidmatan Salamfone dengan rasminya kini telah dihentikan. Segala usaha telah dilakukan untuk mengaktifkan kembali perkhidmatan kami, malangnya kami tidak berjaya. Di sini, kami ingin memohon maaf kerana telah mengecewakan semua rakan-rakan kami yang selama ini telah menaruh sepenuh kepercayaan dengan perkhidmatan yang kami sediakan. Ketahuilah yang kami telah mencuba sedaya upaya kami untuk mengaktifkan kembali perkhidmatan kami dengan sepenuhnya.
Di sini kami ingin menasihati supaya anda berhijrah ke perkhidmatan lain secepat mungkin. Kami juga sedia membantu anda sekiranya anda inginkan bantuan untuk melakukan proses MNP. Sila hubungi 0321678738 untuk soalan dan bantuan.
Jika ada sebarang aduan yang ingin ditujukan kepada kami, sila hantarkan kepada [email protected] beserta nama penuh, no k/p, no salamfone dan no alternatif.
Kami bersyukur kerana telah mampu dan sempat menghantar beberapa pengguna setia Salamfone untuk mengerjakan Umrah ataupun untuk menunaikan Haji. Kami juga berterima kasih kepada semua pengguna yang telah menyumbang kepada tabung infaq dan sekali gus telah mengukirkan senyuman kepada yang telah menerimanya. Yang paling penting sekali, kami berasa bangga kerana telah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian anda.
Sekiranya ada perkataan yang menyakiti ataupun tingkah laku yang menyinggung dari seluruh keluarga Salamfone, kami memohon maaf.
Untuk kali terakhir, terima kasih diucapkan.
Dengan Ikhlas,
Salamfone.
sumber - http://www.facebook.com/Salamfone
nasib baik kredit aku sikit je..ceh..