BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Minuman ringan Slymchoco diharamkan oleh Kementerian Kesihatan

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201
Slymchoco mengandungi bahan terlarang Sibutramine

PUTRAJAYA – Produk coklat jenama Slymchoco dikesan mengandungi Sibutramine iaitu sejenis sebatian kimia yang bertindak sebagai pemendam rasa lapar atau selera makan.

Kementerian Kesihatan (KKM) berkata, berdasarkan data kajian di peringkat antarabangsa iaitu Sibutramine on Cardiovascular Outcome Study (SCOUT), bahan itu didapati mempertingkatkan risiko kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok terhadap pesakit obes yang mengambil ubat berkenaan.

Justeru itu, KKM berkata, pihaknya memutuskan Sibutramine sebagai bahan terlarang yang tidak lagi berdaftar dengan KKM.

“Antara kesan sampingan Sibutramine yang dilaporkan termasuk gangguan fungsi sistem jantung seperti menyebabkan degupan jantung menjadi lebih laju walaupun dalam keadaan rehat.

“Selain daripada kesan sampingan yang serius, terdapat juga kesan sampingan yang ringan seperti mulut kering, rasa mual, sembelit, sukar tidur, pening, senggugut dan sebagainya.

“Sibutramine banyak disalahguna dalam produk makanan bagi memberikan kesan penurunan berat badan,” kata kenyataan itu tadi.

Jelas KKM, di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983, sesiapa yang menyedia atau menjual apa-apa makanan yang dalamnya mengandungi bahan yang memudaratkan kesihatan adalah melakukan kesalahan dan jika sabit kesalahan, boleh dijatuhi hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

“Di samping itu, label produk tersebut didapati tidak mematuhi kehendak-kehendak pelabelan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 iaitu tiada nama sebutan sebenar produk dalam Bahasa Malaysia, tiada nama dan alamat pengilang, pembungkus, pengedar, empunya hak untuk mengilang, pengimport dan mempunyai akuan premium.

“Label tersebut juga memaparkan label Skim Pensijilan GMP dan Skim Pensijilan MeSTI KKM palsu.

“Sehubungan itu, produk tersebut tidak boleh diiklankan untuk jualan dan tidak boleh dijual seperti dinyatakan di bawah Peraturan 9, Peraturan-Peraturan Makanan 1985,” ujarnya.

Dalam pada itu, KKM mengingatkan semua peniaga termasuk peniaga dalam talian untuk menghentikan serta-merta penjualan semua produk tersebut dan menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat untuk tujuan penyitaan.

“Orang ramai yang sedang menggunakan produk ini perlu menghentikan penggunaan produk tersebut serta merta dan mendapatkan nasihat serta rawatan dari ahli profesional kesihatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE


15515.jpeg
15518.jpeg
15521.jpeg
15524.jpeg
15527.jpeg

Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Larangan Jualan Produk Makanan Yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual Dan Memaparkan Maklumat Palsu Pada Label
 
Last edited by a moderator:
Back
Top
Log in Register