BTC USD 86,522.6 Gold USD 4,364.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

"Transporter" - Sebuah Lagi Perkhidmatan Penghantaran Di Malaysia

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,591
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,591
Reaction score
7,741
Points
916
Pengguna Malaysia kini mempunyai satu lagi pilihan untuk perkhidmatan penghantaran menerusi pengenalan Transporter. Ia dilancarkan oleh CabCar Sdn Bhd dan menawarkan perkhidmatan e-hailing serta penghantaran atas permintaan. Melaluinya, syarikat ini menyasarkan untuk memberi perkhidmatan dengan harga berpatutan tanpa sebarang bayaran tersembunyi.

Transpoerter-1-950x436.jpg.webp

Buat masa ini, perkhidmatan transporter sudah mula beroperasi di sekitar Lembah Klang dan ia akan diperluaskan lagi ke Sabah serta Sarawak kelak. Turut difahamkan, sebanyak 150 peniaga telah tersenarai buat masa ini dan ia disasarkan meningkat sekitar 500 peniaga menjelang akhir Februari kelak. Bagi yang berminat, aplikasi perkhidmatan ini kini boleh didapati menerusi App Store dan Google Play.

Muat-turun https://play.google.com/store/apps/details?id=com.transporter.app&hl=en&gl=US
 
Back
Top
Log in Register