BTC USD 78,133.2 Gold USD 4,392.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kualiti Perkhidmatan Kurier Semakin Menurun

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Kualiti Perkhidmatan Kurier Semakin Menurun, Purata Tempoh Penghantaran Telah Meningkat Dari 2.1 Hari Kepada 4.6 Hari;

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia kini berkongsi data, mengatakan sepanjang tempoh penghujung 2019 sehingga 2020, SKMM mengesan yang mana kualiti perkhidmatan kurier telah memperlihatkan penurunan ketara. Mengikut data aduan, ia dilihat sekitar 86% melibatkan layanan buruk, kelewatan barangan dan kehilangan barang. Pada masa yang sama, purata tempoh penghantaran juga dilihat telah meningkat daripada 2.1 hari kepada 4.6 hari.

Kurier

Lebih mengejutkan lagi adalah dimana kadar keuntungan syarikat kurier juga dilihat merosot walaupun penghantaran bertambah. Ini sekaligus memperlihatkan perkembangan industri yang kurang sihat. Selari dengannya, kini sebuah pelan baharu dibentuk, dinamakan Pelan PAKEJ (Pelan Accelerator Kurier Negara). Melaluinya, kerajaan menyasarkan pengenalan lebih banyak Pusat Pungutan dan Serahan (PUDO), perkongsian aset antara syarikat kurier, rombakan syarat lesen operasi, kenderaan penghantaran yang lebih ekonomi, dan pematuhan kepada piaham tempoh penghantaran, serta penawaran insuran dan mengadakan perkhidmatan premium.

Pelan-Pakej-950x534.jpg.webp

SKMM juga telah mengambil langkah awal pada tahun lepas, dan membekukan pengeluaran lesen kurier baharu untuk tempoh dua tahun – dan memfokuskan menyelesaikan serta melaksanakan semua perkara ini sebelum membuka kembali penawaran lesen kurier.

 
ada yg ok..memastikan barang betul2 smpai ke penerima/wakil.. ambil gambar etc..infom secara msg/call.. tetapi ada yg hampeh, letak dlm raga motor, letak di luar postbox.. tanpa inform apa2..aku kena byk kali..
bab masa tu, lewat sehari dua takde masalah sgt.
 
Back
Top
Log in Register