BTC USD 86,314.2 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bermula 17 Jun, Shopee Tak Benar Pelanggan Pilih Kurier

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,591
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,591
Reaction score
7,741
Points
916
Bermula 17 Jun, Shopee tidak lagi membenarkan pelanggan memilih kurier penghantaran, akan ditetapkan secara automatik;

Seperti yang kita sedia maklum, trend membeli belah secara online kini semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia tambahan pula sekarang ini negara kita sedang menjalani perintah LockDown dari pihak kerajaan bagi mencegah penuIaran wa.bak C0VlD-19. Platform beli belah secara online semakin berkembang pantas selari dengan kemudahan e-dagang yang disediakan.

Nak makan? Order sahaja online. Pilih menu, buat bayaran dan tunggu saja tempahan dihantar. Nak ke pejabat atau ke mana sahaja destinasi pilihan? Booking menerusi aplikasi Grab dan seumpamanya. Nak shopping? semuanya di hujung jari buka saja aplikasi seperti lazada dan shopee,..semua ada

Namun, menurut laporan dari buzzkini , Shopee memaklumkan kepada penjual di platform mereka bermula 17 Jun, para pengguna Shopee tidak lagi dibenarkan untuk memilih syarikat kurier penghantar semasa melakukan pembelian. Ini bermakna para pembeli akan diberikan kurier penghantaran secara automatik oleh sistem Shopee. Menurut Shopee, tindakan ini diambil bagi meningkatkan lagi kadar kecekapan logistik.

Rujuk paparan gambar di bawah :

3.jpg

Jika sebelum ini anda sebagai pembeli bebas memilih mana-mana syarikat kurier perkhidmatan yang ditawarkan penjual (dengan harga yang berbeza), namun bermula 17 jun anda hanya diberikan pilihan dari segi jenis delivery :

#1 Standard Delivery
#2 Economy Delivery
#3 Lain-lain

4.jpg

Tapi bermula 17 hb Jun, semua ini akan diubah dimana pilihan bagi syarikat kurier ini akan dilakukan pada bahagian backbone tanpa diketahui penggguna berdasarkan tetapan oleh penjual barangan tersebut. Apa yang dimaksudkan standard, economy delivery dan lain-lain

Standard delivery terdiri dari penyedia logistik seperti Shopee Xpress, Pos Laju, DHL, J&T , Ninjavan, Citylink Express dan The Lorry. Manakala Economy delivery hanya diuruskan Shopee Xpress( Sea Shipping) . Bagi kategori lain-lain pula akan diruskan oleh mana-mana penyedia logistik selain yang dimaklumkan di atas.

5.jpg

Apakah manfaat yang pengguna akan perolehi dengan sistem baru diperkenalkan Shopee kelak?

Anda boleh rujuk dibawah :-

6.jpg

Sumber asal https://www.buzzkini.com/trending/2...nda-memilih-kurier-penghantar-bermula-17-jun/
 
Boleh menyebabkan monopoli juga hanya kepada currier yg ditetapkan oleh shopee/seller.

Tak boleh dah nak pilih pos laju..
 
Alaaaa..x boleh pilih mana yg murah atau servis baik ikut pengalaman
 
Kalau lazada xbuat macam ni, kita ramai2 beralih ke sana aje.
Send the message.
 
Kalau lazada xbuat macam ni, kita ramai2 beralih ke sana aje.
Send the message.
lazada macam sampah. spam kuat, takde etika berbisness. spam merata2 sampai orang naik menyampah.
 
j&t is the best courier.. pos rini, esok dh smpai..
 
Back
Top
Log in Register