MCMC Senaraikan Garis Panduan Perkhidmatan Pos, Kurier & Penghantaran Barang

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
16,320
Reaction score
3,057
Points
236
Antara perkhidmatan penting yang disenaraikan harus beroperasi dalam tempoh perintah kawalan pergerakan adalah perkhidmatan pos. Sehubungan dengan itu, MCMC telah menyenaraikan garis panduan serta langkah-langkah pencegahan Covid-19 melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah.


Tahap Sanitasi, Keselamatan dan Kesihatan Pekerja
  • Mengamalkan amalan sanitasi kebersihan yang optimum pada setiap masa seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan ‘hand sanitizer’.
  • Memakai penutup mulut dan hidung (mask) ketika menjalankan tugas.
  • Mempraktikkan penjarakkan sosial (social distancing) sekurang-kurangnya satu (1) meter dari orang-orang lain di dalam persekitaran.

Langkah pencegahan COVID-19 di premis perniagaan
  • Menyediakan bahan pencuci tangan (hand sanitizer) bagi kegunaan pelanggan dan memastikan pekerja kaunter sentiasa memakai penutup mulut dan hidung (mask).
  • Memaparkan garis panduan mengenai COVID-19 yang dikeluarkan oleh pihak KKM sebagai panduan kepada para pelanggan berhubung langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil.
Kaedah Penghantaran Selamat
  • Memastikan agar prosedur penghantaran setiap barang pos semasa wabak COVID-19 dilakukan dengan kaedah selamat dengan menghadkan kontak (contactless delivery) bagi mengelakkan risiko jangkitan. Kaedah mengambil tandatangan pelanggan sebagai bukti penerimaan barang pos misalnya boleh digantikan dengan kaedah alternatif tanpa menjejaskan kualiti dan integriti
    perkhidmatan pos yang disediakan kepada pelanggan.
  • Menyediakan kaedah-kaedah penghantaran alternatif yang sewajarnya bagi menghadkan kontak di antara pekerja serahan dan pelanggan.
  • Sebarang perubahan proses penghantaran barang pos hendaklah dimaklumkan kepada pelanggan secara berkesan.


Sumber asal https://www.mcmc.gov.my/skmmgovmy/m..._BAGI_PEMBERI_PERKHIDMATAN_POS_DAN_KURIER.pdf
 
Sponsored Post

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
33,248
Reaction score
1,673
Points
206
baru beli buku online dengan harapan nak baca masa tempoh duduk di rumah ni.

ingatkan seller boleh hantar. sekali dia kata 1 april juga baru start operasi.
 

kotak85

Fun Poster
Joined
Mar 20, 2013
Messages
898
Reaction score
20
Points
25
baru beli buku online dengan harapan nak baca masa tempoh duduk di rumah ni.

ingatkan seller boleh hantar. sekali dia kata 1 april juga baru start operasi.
same la, aku 7 hb trus
 
Sponsored Post
Top
Log in Register