BTC USD 84,799.8 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PAMM Account

Dann

Administrator
gem
Messages
3,582
Staff member
Joined
Nov 19, 2005
Messages
3,582
Reaction score
2,189
Points
111
Seperti yang dah diduga dari awal, PAMM Account (yang telah diperkenalkan oleh broker Instaforex sejak 2010) semakin mendapat sambutan dan lama-kelamaan ianya menjadi ikutan broker lain untuk menjana keuntungan maksima syarikat masing-masing.

PAMM Account sebenarnya antara aktiviti Managed Account yang telah kita berikan amaran keras sebelum ini satu masa dulu. Pihak kita dah pun menjangka sistem sejak mula ianya diperkenalkan akan 'boom' satu hari nanti.

Sistem Managed Account ini lebih selamat dari sebarang penipuan atau aktiviti 'money laundering'. Dan kewujudan sistem ini juga merupakan satu 'brilliant idea' oleh pihak syarikat broker untuk menjana keuntungan berlipat ganda. Ianya adalah lumrah dalam sesuatu perniagaan untuk menjadikan sesuatu syarikat berkembang maju.

Satu masa dulu kita telah mengingatkan tentang risiko Managed Account ini memandangkan pada waktu itu terlalu banyak dilaporkan aktiviti pengambilan wang untuk di'trade', namun dengan adanya sistem PAMM ini merupakan satu revolusi ke arah Managed Account yang lebih sistematik.

Pihak CariGold.com masih ingin mengingatkan kepada orang ramai tentang risiko sebarang bentuk Managed Account. Walaupun sebelum ini pihak kita menentang keras sebarang aktiviti ini di dalam forum, namun apabila terjadinya revolusi di mana pihak syarikat broker sendiri mewujudkan sistem seperti ini, kami tidak boleh menghalang mahupun menentang. Tetapi ia bukan bermakna kami menyokong. Serupa juga dengan kisah Facebook memperkenalkan sistem applikasi 'Money Making' dimana ahli berdaftar boleh mencipta apa jenis program buat duit termasuklah program Matrix, Labu Peram dan sbgnya walaupun kami telah mengkategorikan skim-skim cepat kaya ini di dalam section khas.

Walau apa pun sebarang bentuk aktiviti Managed Forex masih tetap berisiko dalam jangka masa panjang kerana amnya hanya 5% sahaja 'forex trader' yang berjaya di dalam dunia ini. Dan juga 'PAMM Creator' sendiri haruslah mempunyai etika di dalam mempromosi program pelaburan sendiri supaya tidak keterlaluan terutamanya di 'offline mode' kerana rakyat & kerajaan Malaysia sendiri masih tidak bersedia untuk pelaburan seperti ini.

Risiko wang pelaburan adalah tanggungjawab pelabur sendiri. Oleh itu sekiranya anda sebagai pelabur mengalami kerugian cukuplah sekadar bertenang dan tidak melibatkan perkara ini pada pihak berkuasa kerana ianya bakal memberi banyak impak negatif kepada banyak pihak. Fahami sebetulnya risiko Managed Account seperti PAMM Account ini kerana 'PAMM creator' sendiri mungkin tidak mempunyai tauliah, pengalaman yang cukup dan sudah tentu satu entiti yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti mahupun badan kerajaan lain. Sekiranya anda tidak bersedia mengambil risiko ini, tinggalkan arena Forex Online ini dan gunakan modal tersebut untuk memulakan perniagaan. Sebagai satu tip berguna, perniagaan offline adalah lebih 'reliable' dan kukuh berbanding online/internet. Secara tidak langsung anda membantu mengurangkan 'monopoli ekonomi' yang tidak seimbang di negara kita.
 
Secara tidak langsung anda membantu mengurangkan 'monopoli ekonomi' yang tidak seimbang di negara kita.

apa maksudnya bos..
 
trader dalam manage acc hanya offer khidmat mereka .... kerugian adalah ditanggung oleh pelabur sendiri
 
Secara tidak langsung anda membantu mengurangkan 'monopoli ekonomi' yang tidak seimbang di negara kita.

apa maksudnya bos..

Lu faham-faham sendiri la bro
 
paham bos..risiko atas tanggungan sendiri.
pandai2 la pilih PAMM trader yang ada.
nk selamat, trade je sendiri. :)
:)cgrock
 
tQ bos beri sedikit nasihat
paham le wak sekarang nie
 
peringatan yg tepat pd masanya....
tq bos :)
 
royaltifx salah satu punce terbaru forex ni mendapat nama yg buruk..
 

Latest Posts

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.14250
USD / JPY
157.245
GBP / USD
1.32505
USD / CHF
0.82827
USD / CAD
1.41455
EUR / JPY
179.652
AUD / USD
0.70550
Back
Top
Log in Register